Site icon Blog Anak Perak

Berita : Semua Penjenayah Tertangkap Ketika Berparti

Kuala Lumpur : Pada sabtu lepas sekumpulan penjenayah telah berparti di sebuah kelab bernama Ecoba yang terletak di Damansara Perdana. Parti tersebut dihadiri hampir 100 orang penjenayah paling di kehendaki polis. Dari sumber-sumber maklumat dari unit Risikan Jenayah Bahagian D5 Bukit Aman, parti tersebut telah ditaja oleh DiGi dan kebanyakkan yang handir mendapat jemputan khas melalu email rahsia.


Terlalu Ganas Sehingga Dikurung

Terdapat seorang banduan yang paling dikehendaki kerana telah terlepas lari dari penjara Pudu didapati kelihatan bersama Lincoln Burrows dan Michael Scofield. Dari jurucakap warden penjara, mereka telah lari penjara dengan bantuan peta penjara dari Michael Scofield. Walaupun muka dia nampak baik tetapi dia paling ganas di antara semua penjenayah kerana mampu mengoda polis wanita.


Polis Pertama Menjadi Mangsa Godaan


Polis Kedua Menjadi Mangsa Godaan

Dari kamera cctv di dalam kelab tersebut terdapat penjenayah international seperti The Joker, The Villians, The Dracula dan ramai lagi. Polis telah menangkap artis kesayangan ramai Julie Woon namun telah diselamatkan oleh penjenayah yang ganas tetapi dalam hati ada taman. Mereka telah membantu mencari kombinasi nombor untuk membuka kunci yang mengikat Julie Woon.


Antara penjenayah yang turut hadir memeriahkan majlis


Polis telah menangkap Julie Woon tetapi dilepaskan oleh penjenayah lain

Didapati penjenayah tersebut berteknologi tinggi kerana menggunakan BlackBerry untuk menghantar tugasan melalui Twitter kepada penjenayah kumpulan lain. Penjenayah terus berhibur dengan pelbagai persembahan serta dihidangkan dengan makan dalam sudu yang hanya boleh dibuat ‘lapik perut’. Di akhir party mereka membuat pertandingan custome penjenayah mana paling ganas dan pemenang dia memenangi sebuah HTC.


Penjenayah yang memenangi HTC

Sumber Gambar : CikLilyPutih & sop

Exit mobile version