
Ramai putus asa dengan Instant Cash Project Alpha untuk task minggu lepas. Aku paham perasaan korang, aku pun akan kecewa bila tidak dapat. Tapi aku akan think positive, itu mungkin bukan rezeki aku. Lagipun aku join pun nak isi masa terluang dan mengisi blog yang kosong. Jika menang, itu memang rezeki kita. Jika tak, kita cuba lagi.
Aku start join week 2. Masa tu aku hantar post hari khamis. Saje hantar sebab ikut nasihat kawan aku, kalau ada rezeki tak kemana. Tak salah kita mencubakan. Alhamdulillah aku dapat untuk week 2. Untuk week 5,aku dah buat post awal, tetapi lupa hantar link. Aku hantar pada malamnya. Memang tak dapat sebabnya tiap-tiap minggu penyertaan bertambah. Itu pesaingan yang sihat.
Aku selalu gak join-join peraduan sebelum ini, tetapi nasib aku selalunya kurang baik. Tapi aku tidak memikirkan sangat sebab rezeki masing-masing. Macam peribahasa melayu, “Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu”. Jangan putus asa yer wahai sahabat-sahabat ku sekalian.
