Site icon Blog Anak Perak

Blogger Terdesak Mencari Pelawat

Jumlah blogger kini makin bertambah dari hari ke hari. Kalau blogwalking memang tidak cukup satu hari. Itu baru blog dari Malaysia, belum lagi blog yang dari luar negara. Perkembangan blogger di Malaysia agak memberangsangkan. Sampai blogger lama yang berkencimpung dalam bidang ini terpaksa mohon pencen awal.

Tetapi dalam berjuta-juta blog yang ada di internet adakah semuanya betul-betul berkualiti dan berisi. Ada sesetangah blogger hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Buat satu dua entry selepas itu tidak berminat. Mungkin disebabkan sibuk dengan tugasan atau berblog sekadar mengikut orang. Orang lain mempunyai blog, jadi dia teringin untuk mempunyai blog.

Di GengBlogger hamir setiap minit ada sahaja entry di ping, Jika aku kelapangan, aku lihat tajuk satu persatu. Kebanyakkan entry berbaur lucah atau sekadar tajuk sahaja gempak tetapi isi di dalamnya hampeh. Sekadar letak gambar dan dua baris perkataan. Gambar itupun ambil di internet.

Adakah blogger sekarang hanya terdesak untuk mendapat pelawat? Sehingga sanggup menipu pelawat dengan tajuk-tajuk yang tiada kena mengena dengan entry atau membuat entry yang berunsur lucah. Jawapannya ya, memang mereka terdesak.

Tidakkah mereka sedar jika mereka buat begitu seolah seperti keropok lekor panas. Sedap apabila panas dan liat apabila sejuk. Pelawat hanya akan berkunjung sekali sahaja, selepas mereka menyedari mereka ditipu, jangan harap mereka akan kembali.

Jadi aku berharap, banyak lagi blog akan lahir, tapi biarlah blog yang mempunyai entry yang boleh dibaca. Jangan bukak blog dengan niat untuk mendapat untung sahaja.Nawaitu kena betul. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Exit mobile version