Site icon Blog Anak Perak

Bersekedudukan Trend Sekarang

Sekarang ini kalau bersekedudukan lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah sudah jadi trend remaja sekarang. Mereka hendak takut apa, jiran bukan ambil kisahpun sudah kahwin atau belum. Dulu, kes tangkap basah berlambak-lambak. Sekarang jabatan agama pun takut hendak tangkap taku nanti tidak pasal-pasal kena saman. Jiran sekarang jenis ikut perpatah melayu ” Jangan jaga tepi kain orang”.

Aku ingat lagi dulu, di taman perumahan aku memang kerap diadakan gotong royong, hari keluarga, ceramah agama, jamuan dan bermacam lagi aktiviti kemasyarakatan. Tapi sekarang langsung tiada. Yang ada gotong-royong kenduri kahwin. Itupun jarang sebab sudah menggunakan khidmat katering. Bayangkan jiran sudah berpindah sampai tidak tahu. Jangan sampai jiran kita mati siap sudah berulat kita juga kita tidak tahu.

Tapi semenjak aku duduk disini iaitu Shah Alam, aku rasa memang jauh bezanya dengan aku duduk di Perak dahulu. Jiran-jiran di sini semuanya tutup pintu, kalau bukak itupun masa ‘openhouse’ dan hari raya. Bila bertembung, jenis tidak bertegur sapa malah senyum pun tidak mahu. Mungkin itu sudah menjadi trend atau budaya orang bandar. “Hal ko, hal ko. Hal aku, hal aku. Kubur lain2. “Memang la kubur lain-lain, tapi bila kita mati siapa hendak uruskan. Tidakkah jiran kita. Tapi sekarang sudah ada khidmat mengurus kematian, sudah macam cina pula. Bila jiran tegur anak jiran malam-malam duduk memekak bunyi ekzos motosikal depan rumah, akhirnya dia yang kena ‘sound’ balik dengan ayah budak itu. Lepas itu mula bermasam muka. Ish, memang berbeza sekarang dan dahulu.Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Exit mobile version