Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyusukan baby Akif dengan susu ibu sehingga kini. Memasuki tempoh 1 tahun 6 bulan, kategori ‘Master in Breastfeeding’.
Pengalaman menyusukan Akif Mama rasa lebih mudah berbanding anak sebelum ini, Arif. Mungkin sebab dah ada serba sedikit ilmu dipraktikkan dan pengalaman, so apa-apa masalah lazim tentang penyusuan susu ibu, Mama berjaya handle.
Tapi.. Sejak bermula PKP, dari 18 Mac 2020 hingga 2 bulan kemudian, Akif ada 24/7 dengan Mama. Maka lebih mudah untuk Mama menyusukan Akif secara terus.
Pernah sekali Mama terpaksa tinggalkan Akif beberapa jam dengan Papa. Bila balik rumah, Papa kata “Akif reject susu botol!”. Baik susu perahan yang chill atau pun yang beku tapi dah cairkan awal. Dah syok menyusu terus dari Mama, mana kan mahunya puting getah tiruan, ye tak? He he.
Akif dikategorikan sebagai nipple confuse ke?
Papa kata kalau minum air dari botol minuman guna straw, Akif okay je. Nak try letak susu dalam botol minuman, risau nanti Akif trauma tak mau dah minum air dari botol minuman. Kena try juga nanti.
1 Jun 2020, Mama mula masuk kerja. Seperti biasa, Mama bekalkan beberapa botol susu ibu perahan. Habis kerja, jemput Akif dan pengasuh Akif kata “Akif tak mau langsung susu botol..! Tahan betul dia minum air masak dalam botol dia tu je…”
Hmmm.. semalam je, 12 oz susu perahan kena buang. Frozen breastmilk. Bila dah dicairkan, hanya bertahan 12 jam sahaja untuk diminum. Hari ke-2, cuba bekalkan dengan susu perahan semalam.
Tapi nasib baik Akif bukan jenis picky-eater. Nasi, sayur, mee, pasta, daging, telur, ayam semua dia makan. Air masak memang rajin minum. Alhamdulillah, jenis nak makan. Mama bagi 2 thumbs up untuk selera makan Akif.
Sebab itu Mama tak risau sangat bila Akif tak mahu menyusu / reject susu botol di siang hari. Akif cukup makan dan minum. Itu paling penting untuk pembesaran dia.
Mama cuma terpaksa menyerah bila malam, Akif melekap sakan dengan Mama sampai Mama tak banyak masa untuk buat kerja lain.
Berbaki 6 bulan sahaja lagi untuk melengkapkan tempoh 2 tahun penyusuan susu ibu untuk Akif. Cepatlah masa berlalu. Mama tak sabar nak dapat ‘PhD in Breastfeeding’ pulak.