Site icon Blog Anak Perak

KEMBARA SUSU IBU : SUSAHKAH MENYUSUKAN BAYI BARU LAHIR?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Umumnya, pada mereka yang sudah tahu, susu ibu memang makanan / minuman TERBAIK untuk anak. Walau susu formula TERMAHAL atau TERBAIK sekalipun tidak mampu menandingi zat-zat dan kelebihan susu ibu. Dulu aku tak ambil kisah. Asalkan anak minum susu, tak kisahlah susu ibu atau susu formula, janji kenyang dan sihat, Alhamdulillah lah. Sebab itu dulu aku tak kisah berbelanja lebih untuk beli susu formula untuk anak.

Sekarang? Dek kerana kos susu formula makin meningkat + demand anak kuat minum susu = hampir 1/3 gaji spend hanya untuk susu anak setiap bulan, membuatkan aku dan suami berfikir lebih serius dalam bab menyusukan anak dengan SUSU BADAN IBU.

Susu ibu terbaik sebab…

  1. zat yang terkandung dalam susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi

  2. jimat kos sebab PERCUMA

  3. mengeratkan perasaan sayang antara ibu dan anak melalui sentuhan kulit ke kulit ketika menyusukan.

Terngiang-ngiang kata-kata suami “Nanti bagi tahu pada nurse / doktor, yang Syg nak breastfeed kan baby lepas bersalin”.

Pengalaman lahirkan Afiq kat hospital swasta dulu, di mana bayi tidak diletakkan bersama ibu, nurse tak datang hulur bayi and then cakap “susukan anak yer…” . Afiq dijaga di nursery hospital dan susu pertama beliau adalah SUSU FORMULA. Sejak kenal erti ‘Mudahnya Menghisap Puting Botol’, Afiq refused untuk direct feeding (DF). Aku cuba untuk DF Afiq, tapi Afiq teriak! Ditolak-tolaknya badan aku, dilenting-lentingkan badannya. Aduhai… Jadi Exclusive Pumping Mom (EPMom) lah aku sampai umur Afiq 5 bulan. Pam susu, then masuk botol kasi anak minum. Takat itu je Afiq dapat rasa susu badan. Apa-apa pun, Alhamdulillah sebab Afiq masih merasa.

Bila lahirkan anak ke-2, Arif, aku request untuk cuba susukan Arif walaupun masa tu penat bersalin masih ada. Susu badan ada tapi tak lah laju alirannya. Doktor ada picit nipple untuk check kot susu ada atau tidak. And yes, ADA! Susu awal iaitu kolostrum warna kuning terserlah di hujung nipple. Ada lah 50% semangat aku untuk susukan anak.

1 malam aku cuba untuk susukan Arif. Dengan ilmu penyusuan yang tak berapa nak penuh di dada, dengan tangisan Arif yang menggila kelaparan mungkin, dengan bayi yang baru nak belajar untuk melekap pada breast, dengan emosi aku yang berperang untuk kekal tenang, dengan macam-macam dugaan untuk menyusukan Arif, akhirnya… nurse datang ke wad “Kenapa anak tu menangis kuat sangat sampai ke luar dengarnya… Kalau nak susu, nanti mintak kat kaunter ye. Kami ada stok susu…”. 2 3 kali jugak nurse datang ke bilik.

Hanya sesetengah hospital swasta jer yang breastfeeding friendly.

Selang 1 jam, Arif akan menangis dengan suara lantang, dan aku terus berusaha untuk susukan Arif. Rasa nak menangis sama bila Arif menangis dan aku dah hampir give up untuk teruskan penyusuan. Namun, aku tawakal dan doa dalam hati yang tak putus-putus semoga susu badan aku mampu mengenyangkan Arif. Masa tu, aku dan suami masih tekad dengan keputusan dan niat untuk beri Arif hanya susu ibu. Tapi, atas desakan keadaan, aku dan suami mengalah jua. Arif dapat merasa susu formula. Ahhh… *sedih!

Disebabkan itu, aku usaha untuk cepatkan pergi berurut untuk lancarkan aliran susu badan. Tukang urut pun ada picit nipple aku untuk check ada ke tidak susu badan. Sakit hoi! Terpaksa tahan. Lepas berurut tu, bukan terus senang macam tu jer nak DF anak. Kena pulak aliran tak lancar, apa lagi, bengkak susu lah. Solution? Breastpump! Hah… masa ni lah suami kelam kabut pergi beli breastpump. Tak reti aku nak marmet (perah susu secara manual guna tangan tanpa bantuan alat lain).

Aku usahakan jugak untuk belajar dan ajar Arif untuk DF. Memang stress! Bengkak susu + tak cukup tidur + Arif belum reti nak DF + kesakitan dek Arif yang lapar, sedut nipple bagai nak gila! Bila tak cukup tidur, hati tu asyik nak marah je bila ada yang tak kena. Arif pulak macam menunjukkan tanda-tanda untuk tolak DF. Aku paksa! Kalau diikutkan peel Arif, alamatnya aku mungkin jadi EPMom lagi sekali.

Banyak dugaan khususnya menjadi seorang ibu dan dalam menjadi ibu bapa secara amnya.

Alhamdulillah, hanya hari pertama Arif di dunia je dia minum susu formula. Sejak berurut, sampai sekarang, Arif adalah bayi-susu-ibu. Dan lebih membahagiakan lagi bila Arif boleh terima untuk DF. Semoga niat dan usaha aku dan suami untuk menyusukan Arif dengan susu ibu sehingga umur beliau 2 tahun, dipermudahkan oleh Allah. Amiiinnn…

Exit mobile version