Assalamualaikum & salam sejahtera
Semalam mama singgah rumah, aku ambil kesempatan untuk tanya perihal ketika berpantang nanti. Antaranya, bab makan jamu / minum air akar kayu & berurut. Masa berpantang kali pertama dulu, memang aku HARAMkan badan aku ni dari berjamu / minum air akar kayu. Sebab? Nak anak minum susu badan, nanti minum susu yang ‘panas’ dek jamu, bahaya pulak untuk bayi yang kena jaundis. Kalau bayi tak tahan ‘panas’, efek lain pulak nanti.
Teringat time berurut time berpantang dulu, sampai sekarang aku masih dapat feel azab berurut! Kenapa azab? Jap lagi aku cerita…
Ohhh… reaksi aku tak akan se’rileks’ ini kalau berurut secara tradisional.
Walaupun berurut tu orang kata elok untuk
-
Kembalikan kesegaran tubuh
-
Menaikkan semula rahim
-
Mengeluarkan darah yang terperangkap
-
Mengendurkan segala otot-otot yang tegang
-
Buang angin dalam badan
-
Melancarkan perjalanan darah
-
Menegang dan membentuk tubuh agar segera kembali ke bentuk asal
Kalau boleh, aku tak nak pilih untuk berurut cara tradisional i.e dengan bidan kampung / pakar urut kampung. Aku stress 1 badan! Hanya ada SATU sebab aje aku terpaksa tadah je badan kena urut tradisional sebab percaya dengan urutan di bahagian payudara boleh melancarkan aliran susu badan. Kalau urut breast je instead of keseluruhan badan, tak boleh ker?
Biasanya 3 hari atau 5 hari selepas bersalin, baru berurut. Tapi pengalaman aku, dekat 1 minggu selepas bersalin baru dapat berurut. Sebab? Tukang urut BUSY! Ha ha. Belum berurut lagi aku dah stress sebab kena tanggung sakit bengkak susu. Lepas berurut pulak aku stress sebab sakit 1 badan! Seminggu lepas berurut badan masih sakit-sakit, otot tegang sana sini. Dah rasa bergerak macam robot. Tapi tak ada pun aku rasa badan jadi ‘sedap’ atau lega lepas hilang sakit tu. SAMA JE!
Memang akan alami sakit macam tu ker bila berurut?
3 hari aku kena hadap sakit berurut. Bayar RM 200. Aku tak tahu bayaran tu mahal ke patut. Dah mama kata ‘sedap’ badan lepas berurut dengan makcik tu, aku ikut je la. Ahh! lain badan, lain rasanya.
Bab sengkak peranakan tu aku paling seriau! Kena lembutkan badan, jangan melawan masa tukang urut tengah sengkak. Perrgghhh! Kalau boleh terajang, memang aku terajang je makcik tu.
Nasib baik masa lepas bersalin, doktor dah korek keluar darah beku dalam badan. Ya! aku dapat rasa tangan doktor seluk ke dalam melalui vagina dan kruk kruk korek baki darah dalam rahim. Nasib baik tak sakit. Ha ha. I like! Kesannya, darah nifas aku tak banjir lah. Keluar biasa-biasa je. Tak risau kot bocor kat tilam.
Kalau tidak, aku tak dapat bayang apa makcik tukang urut akan buat untuk tolak keluar darah tu.
Sepanjang proses berurut, rajin pulak makcik tu bercerita kisah-kisah orang yang pernah dia urut. Sambil tu aku perhati je gerak kerja tangan dia masa mengurut. Nampak sempoi je dia hayun tangan, tapiiii… sakit oi! Sampai sekarang aku terfikir-fikir, macam mana ada orang boleh kata urutan macam itu ‘SEDAP’?!
Kali ini pun aku pasrah jugak berurut tradisional. Sebab? Nak lancarkan aliran susu badan. SATU sebab ini je! Haaiihhh… Lagi sekali aku nak tanya. Tak boleh ke urut breast je instead of 1 badan?
*****
*Flashback!
Awal-awal kahwin dulu, mama bawak aku dan suami pergi jumpa tukang urut tradisional sebab kami lambat dapat zuriat. Yelah, salah 1 caranya pergi berurut kampung. Nak tak nak, aku ikut jugak sebab fikir nak zuriat. Itulah kali pertama kami laki bini merasa urut kampung. Aku terjerit-jerit sakit, suami pulak “Oucchh! Oucchh!” tahan sakit sambil maki dalam hati.
Paling tak boleh blah bila suami gelakkan aku sebab suara aku jerit sakit, bergema 1 rumah tukang urut tu. Huh!
1 minggu kami laki bini jadi robot lepas berurut tu! Grrr… Suami pulak dah macam bersumpah tak nak berurut style kampung lagi. Azab 1 badan. Dia yang kena sekali dah serik, aku ni kalau ada rezeki berpantang nanti, entah berapa kali kena hadap.
*****
Memang akan alami sakit macam tu ker bila berurut?
Kalau untuk kendurkan otot tegang, lancar aliran darah, urut untuk bentuk tubuh badan dan juga buang angin, baik aku layan urutan spa. Tenang dan lebih selesa. Emosi tak terganggu, badan tak terjejas / sakit. Tapi hasilnya aku puas hati sebab melibatkan ketenangan mental dan kesegaran fizikal.
