Site icon Blog Anak Perak

CERITA RAMADHAN : CARA MUDAH CARI SURAH & JUZUK AL-QURAN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sempena bulan Ramadhan ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan baik. Salah 1 nya adalah membaca Al-Quran. So, kali ini aku nak kongsi kaedah mudah untuk mencari halaman / muka surat Al-Quran mengikut juzuk. Subhanallah, dengan hanya menggunakan formula Matematik, dengan mudahnya kita dapat mencari muka surat mengikut juzuk Al-Quran yang dikehendaki. Wallahualam…

Bagaimanakah caranya?

Contoh : Jika ingin mencari juzuk 4 di muka surat berapa

Kaedah :

4 tolak 1 = 3

3 darab 2 = 6

Kemudian, letak nombor 2 selepas jawapan akhir tadi iaitu 6. Maka, juzuk 4 berada di muka surat 62

Juzuk 4 bermula pada muka surat 62

Ringkasan formula Matematik = [(No Juzuk-1) x 2 ] letak angka 2 selepas jawapan = muka surat juzuk dalam Al-Quran

Boleh cuba untuk juzuk lain. Sekian, untuk manfaat bersama :-)

Gambar diambil dari Shafiqolbu

Exit mobile version