Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :-)
*Sambil menaip sambil mengagah anak.hehe
Setiap kali aku terpandangkan wajah anak, mesti aku teringat detik-detik yang aku lalui ketika melahirkan dia. Akan tetapi, ajaibnya kuasa Allah dan betapa Allah itu Maha Penyayang, Dia lupakan ingatan dan perasaan aku dari mengingati rasa sakitnya bersalin itu. Walaupun aku tahu memang sakit time bersalin tapi memang tak boleh nak describe rasa sakit tu. Allahuakbar :-)
Flashback scene ketika berpantang kat rumah mama & ayah…
Tengah leka tengok tv cerita drama bersiri ‘Teduhan Kasih’, sambil aku mendodoi anak, tiba-tiba mama menegur…
Mama : percaya tak yang akak dah ada anak dah sekarang? Siapa sangka,kan..?
Aku : ha ah…
Mama : sayang ke kat anak tu…?
Aku. : eeh!MESTILAH SAYAAAANNGGG!seksa mengandung & lahirkan dia. Boleh pulak tak sayanggg…? Hiisshh…
Dan dan aku ‘flash back’ moment kelahiran tapi still tak dapat feel rasa sakit bersalin tu.
Yang aku mampu ingat dari A sampai Z adalah detik-detik yang aku pun tak sangka bahawa aku akan bersalin pada hari itu.
30 Mei 2013
Tidur malam, dah makin tak lena,sakit perut,macam biasalah memang tiap-tiap malam tapi malam tu rasa lain macam bila terasa basah pada miss V. Aku syak aku terkencing sikit sebab masa tu kebetulan aku terasa macam nak kencing tapi macam tak sempat nak ke toilet. Bila ke toilet, kencing memang la kencing then terperasan ada lendir jernih pada seluar dalam. Amik bau, macam tengik baunya.“ini bukan air ketuban ni sebab air ketuban jernih tapi tak berbau…”
Bo layan je. Konon nak sambung tidur. Non hado la. Ulang alik ke toilet sebab makin tak selesa dek rasa basah tadi.
Sudahnya sampi ke pagi, bangun nak mandi, ah sudah! Ada darah & lendir pulak. Bagitau encik suami then terus ke hospital.
Nurse buat VE (vaginal examination) a.k.a seluk miss V tapi katanya belum ada bukaan lagi. Ok, boleh balik. Nak kasi buka ‘jalan’ punya pasal, terus bantai keluar berjalan dari pagi sampai ke senja. Hehe
1 Jun 2013, lebih kurang jam 9.00 pagi
Aku dan suami menanti lori mover untuk angkut barang-barang dalam rumah sebab berpindah ke rumah baru. Dah settle angkut semua barang, encik suami guides mover tu ke rumah baru. Aku tinggal kat rumah, berehat. Sebelum berehat, aku bantai sapu rumah yang hampir kosong tapi dipenuhi dengan debu, habuk. Mop pulak. Sumpah penat mak buyung yang menanti hari ni dok mengemas rumah. Phewww!
Baru nak baring berehat, tiba-tiba rasa sakit perut macam period pain. Aku bajet “ini mungkin kontraksi awal sebab dah keluar lendir dan darah..”. Sampai ke petang kau aku menahan sakit.
Sempat jugak aku catat sela masa sakit tu…
1 Jun 2013, jam 5.30 petang
Sela masa sakit dah jadi setiap 3-5 minit. Terus encik suami bawak ke hospital. Jam 6.00 petang sampai hospital then nurse buat VE, “eh..ni adik yang datang semalam kan..?meh akak check..hmmm..dah bukak 5 cm ni. Masuk wad je la. Akak nak call Doktor Siti yer..”. Sumpah nurse kat SALAM Medical Centre ni baik dan layanan beliau sangat menenangkan perasaan :-) Nurse masukkan ubat bontot supaya berak walaupun hakikatnya aku baru je berak sebelum gi hospital. Tak sampai 1 minit terus aku berak dengan sangat lancar. fuhhh! Siapa sembelit, memang bagus guna ubat ni:-) Tak salah aku nama ubat ni Edema (aku eja ikut sedap mulut aku je. He he)
1 Jun 2013, jam 6.30 petang
Aku masuk wad. Best jugak sebab dapat bilik single:-)
Sakit kontraksi makin terasa. Sempat jugak aku bantai makan nasi goreng pataya. Lapar kot bila banyak guna tenaga sebab nak tahan sakit.
Malam tu sambil menahan sakit sambil layan tv tengok football match JDT lawan team negeri mana entah.
Jam 9 malam, memang tak boleh tahan sakit lagi dah. Panggil nurse suh check bukaan. “Ok dah 7 cm dah ni. Jom masuk Labour Room..”
Ketuban tak pecah lagi ni. Nurse pasang CTG, “uiii..kuatnya contraction adik ni…akak bagi painkiller eh..sementara ni boleh sedut gas ni bila sakit”. Nurse hulur topeng gas ETONOX. Sempat lagi aku fikir “kena bayar kot kalu aku guna painkiller & gas ni. Takperla aku try tahan sakit naturally..”
Bila bukaan dah 8 cm, nurse pecahkan ketuban. Ahaaa! Ketika inilah sakit kontraksi maha hebat. Orang dok kata sakitnya macam ‘orang sembelit yang sangat susah nak berak’. Yes! Memang sakit nak meneran tapi kau terpaksa tahan sebab belum sampai waktunya untuk keluarkan ‘isi’nya. Sumpah seksa! Sebab aku pun tak pernah rasanya alami situasi susah nak berak. Haiihh.. tak tertahan rasanya nak meneran time tu.
Sempat lagi aku recall pembacaan pasal teknik bernafas, segala doa time nak bersalin dan fakta “standard buka 1 cm setiap 1 jam”. Oiii!masa tu baru pukul 10. Ada 2 jam lagi nak buka 10 cm ni. Bacaan doa pun dah kelaut. Sakit makin sakit. Nasib baik encik suami sentiasa di sisi. Dia lah tolong bacakan apa doa yang patut sementara bini dia ni dok picit, cengkam, tarik tangan dan tengkuk si suami. Redha je dia masa tu. Hehe.
Paling aku tension bila nurse tu tekup muka aku dengan mask gas etonox tu. rasa makin susah nak bernafas. siap mamai lagi. Benci betul. Sempat jugak aku risau kot aku tak sedar nanti bila nak push. “Tak apa,nanti kitaorang buat bising masa nak push tu. Mesti adik tak tidur punya..”. Siap dia bagi painkiller. Tak ‘jalan’ pun. Tetap sakit. Walaupun 2X injections. Tapi akhirnya aku rasa lega sebab Doktor Siti muncul jugak. Tak sampai 10minit beliau prepare, terus katanya aku boleh meneran. Gila bersemangat nurse,doktor dan encik suami suh “pusshhh!!!” Ewaahh! Siapa sebenarnya yang tengah sakit nak bersalin ni? Hehe.
Disebabkan penat mengemas rumah pagi tadi tak habis lagi, dengan keletihan menahan sakit dan mungkin juga faktor mamai sebab sedut gas banyak sangat, aku bersalin secara normal dengan bantuan vacum tambahan lagi heartbeat baby jatuh mendadak.
Doktor gunting miss V pun aku tak terasa sakit sebab sakit kontraksi lagi sakit dari sakit kena gunting. Yang aku dengar hanyalah “Srrreeetttt!!!” bunyi gunting yang mengoyakkan kulit miss V. Ha ha
Aku rasa aku kuat sebab sedikit pun aku tak menangis sepanjang menahan sakit sehinggalah baby selamat dilahirkan, automatik air mata mengalir tanda kelegaan dan syukur yang tidak terhingga :-)
Aku nampak encik suami pun turut mengalirkan air mata ;^)
Doktor Siti jalankan tugas menjahit miss V dan mengeluarkan darah beku. Nasib baik bius. Jadinya tak rasa sakit. Then, aku berehat di wad.
Baru je landing, tiba-tiba encik suami letak 1 bungkusan atas perut. Taraaa~
Err…rupa-rupanya injection untuk painkiller & gas etonox tu FREE! haha. tapi memang masa tu aku TAK NAK amik benda-benda tu sebab utama seperti yang aku nyatakan tadi. Sebab lain, aku memang tak suka ubat-ubatan, dan aku rasa semua tu membazir je bila masuk dalam badan sebab TAK MEMBANTU LANGSUNG walaupun sekadar meredakan rasa sakit.
Afiq Hazim lahir pada Sabtu minggu pertama pada bulan Jun 2013 yang bersamaan dengan Keputeraan YDP Agong. Lepas ni, berusaha untuk hasilkan ADIK untuk Afiq Hazim pulak. Ok bai!
p/s : Macam mana orang zaman dulu yang nak bersalin tu, main hentam je teran tak payah tunggu bukaan 10 cm pun boleh bersalin? tak ada proses ceaser pun…
p/s/s : 1 April 2014, Afiq Hazim 10 bulan! :-)