
Jadi salah siapa? Kalau anti kerajaan sekalipun cakap biar fikir dulu. Jangan main ikut sedap mulut jer. Korang tidak maki lak Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya yang untung berjuta-juta. Sedangkan kerajaan dapat sedikit sahaja keuntungan mereka dari cukai yang dikutup untuk membantu rakyat membina jalan, masjid, hospital dan sebagainya.
Ini berita baiknya baik siapa yang tidak puas hati :
2011/09/12 TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar. “Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi. Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini
Petikan Berita Harian
Baca betul-betul, TANGGUH bukan mansuh.
