Site icon Blog Anak Perak

Antara Jalan-jalan Di Tutup Esok Untuk Proses PemBERSIHan Di Sekitar Kuala Lumpur

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD )telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-

  1. Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
  2. Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL – Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur , Hentian terakhir adalah seperti berikut:

  1. Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
  2. Stesen Dato Keramat – untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;
  3. Stesen LRT Maluri KL Sentral – untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
  4. Stesen Monorel KL Sentral – untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan;
  5. Stesen Monorel KL Sentral – Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .


Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 )

P/S : Bayangkan berapa juta shopping complex rugi. Sudahlah gaji baru masuk

Exit mobile version