20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior
WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian yang dihantar kepada mereka, semalam.
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.
Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.
Macam-macam hal budak sekolah ini. Sudahlah sekolah berasrama penuh, tapi perangai macam budak sekolah rendah. Sudah tidak ada kerja la tu sampai dok jentik dahi anak orang. Daripada korang dok jentik dahi anak orang tu, baik korang pergi gotong royong kawasan asrama tu buang jentik-jentik. Tidak la banyak sangat nyamuk.
Yang kecian ibu bapa dan penjaga yang terpaksa tebal muka keluar tv dan surat khabar merayu pada pihak sekolah agar anak mereka yang nakal itu diterima semula masuk ke sekolah sebab anak mereka hendak hadapi SPM tahun ini. Korang nampak, mak bapak pulak pikir pasal pelajaran anak mereka. Yang anaknya? Menyusahkan mak bapak. Manusia..manusia…