Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama sungguh aku tidak update blog. Agak kesibukan sejak kebelakangan ni. Di rumah aku tiada internet jadi kalau hendak update pakai BlackBerry aku agak kemalasan untuk menaip.
Baiklah kembali pada topik kita, kenapa aku tidak menulis entri bercorak keagamaan. Bukannya aku buta agama dan aku jugak bukan hebat sangat soal agama. Aku juga dalam proses belajar. Ya, aku tahu menyebarkan ilmu sesuatu perkara yang baik dan dituntut tapi jika ajaran itu kita sendiri tidak kuasai takkan kita hendak mengajar orang pula? Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Kalau aku hendak menulis juga pasal keagamaan, boleh jer. Tulis sahaja apa yang aku tahu dan search hadis di Google untuk mengukuhkan lagi entri tersebut. Tapi kenapa aku tidak mahu buat seperti itu? Inilah sebabnya;
Sesiapa sahaja boleh tulis tentang ajaran agama Islam. Orang agama lain juga boleh tulis. Adakah korang pasti yang apa dia tulis itu betul atau salah. Dulu pernah ada website yang memaparkan kesalah-kesalahan dalam al-quran walaupon sepertimana kita tahu ayat al-quran tidak pernah silap.
Sekarang hadith-hadith palsu juga banyak. Dapatkah kita membezakan yang mana palsu dan yang mana sahih? Seperti contoh kelebihan solat terawih setiap malam tersebut, ahli ulama menyatakan ia hadith palsu. Korang boleh baca jenis-jenis Hadith di sini
Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pendusta yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah.
Hadis riwayat Muslim (no.15).
Dari Abi Hurairah, ia berkata. Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam:
“Barangsiapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka.”
H.R. Imam Bukhari (1/36) dan Muslim (1/8) dll.
Cara yang paling selamat adalah, janganlah kita menulis jika ilmu tidak cukup di dada. Aku tahu tujuan korang baik, tapi apabila penulisan korang itu salah boleh menyebabkan bukan korang sendiri sesat malah orang yang membacanya tanpa usul periksa juga akan turut diheret sekali.
Aku pernah terdengar bahawa berguru itu penting. Korang belilah buku agama banyak-banyak dan korang google sebanyak mungkin, jika tidak berguru mungkin korang akan sesat juga.
wallahua’lam
