Assalamualaikum dan selamat petang. Entah kenapa aku malas hendak update blog padahal ada banyak benda hendak diceritakan dan ada dua movie yang belum di review. Baiklah aku mulakan dengan event ini yang berlangsung pada 18 & 19 Disember 2010 dan bertempat Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel. Terima kasih kepada Nuffnang Glitterati Plus sebab invite. Aku sahaja pergi walaupon aku bukannya minat komik, kalau Majalah Ujang tu minatlah.
Sampai di sana, jangan cakaplah. Beribu orang tengah beratur hendak beli ticket. Tiket berharga RM15 untuk sehari dan RM30 untuk dua hari. Majoriti yang beratur berbangsa cina dan memakai costume. Takkan la aku hendak beratur kot sebab aku bukannya hendak beli ticket. Lagipun aku datang as a media. Jadi aku pergi ke meja depan sekali dan ambil pas media. Senang….haha..Apa pon korang layan gambar, tidak banyak hendak diceritakan sebab aku bukan tahu sangat karekter komik ni. Kalau doraemon aku tahu la.
Habis dah….Untuk gambar lagi korang boleh terjah Galeri Gambar AP