Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam Daydeck belanja tengok wayang cerita cuti-cuti cinta. Mana dia dapat baucer aku sendiri tidak tahu dan taknak ambil tau janji dapat tengok cerita free. Kalau hendak tengok sendiri sorry la kot sebab aku dengar orang cakap cerita ini tak best. Nanti kalau rajin aku review dekat korang.
Ape pon layan gambar lepas usha wayang sebab sebelum tengok dan semasa tengok wayang tidak sempat ambil sebab masing-masing terlambat. Antara yang join Hamzah (pemenang BlackBerry Torch) dan pasangan, Daydeck dan pasangan, aku kesorangan kali ini sebab Linda ada hal dan tempat dia digantikan dengan Tia (Ingin mendaftar jadi tali barut kak ina) dan tidak ketinggalan kak ina dan askar-askar dia.
Tahniah kepada Tia kerana telah mendaftarkan diri untuk menjadi tali barut kak Ina. Jangan lupa order cookies kak Ina yer.