Site icon Blog Anak Perak

Kutipan Pingat Malaysia Sukan Komanwel XIX 2010 Delhi

Malam tadi berlangsungnya majlis penutupan Sukan Komanwel XIX 2010 Delhi (XIX Commonwealth Games 2010 Delhi) selepas segala rintangan dan dugaan yang dihadapi oleh India sebelum ianya berlangsung. Malaysia mencatat melakar sejarah tersendiri semalam dengan tambahan empat pingat emas buat mengatasi sasaran awal dan pencapaian terbaik dalam temasya Sukan Komanwel. Pingat tersebut diperoleh dari acara badminton dengan 3 pingat dan satu dari ratu gimnas berirama, Elaine Koon dan memberi jumlah kutipan pingat keseluruhan ialah 12 emas buat mengatasi angka 10 yang ghairah disebut-sebut sebelum ini.

Bibiana Chin Pei memenangi pingat Emas dalam acara "Women10m Pistol Shooting" semalam
  Negara Pungutan Pingat
Emas Perak Gangsa Jumlah
1. AUS – Australia 74 55 48 177
2. IND – India 38 27 36 101
3. ENG – England 37 59 46 142
4. CAN – Canada 26 17 32 75
5. RSA – South Africa 12 11 10 33
6. KEN – Kenya 12 11 9 32
7. MAS – Malaysia 12 10 13 35
8. SIN – Singapore 11 11 9 31
9. NGR – Nigeria 11 10 14 35
10. SCO – Scotland 9 10 7 26

Malaysia menduduki rangking ke 7 dari 71 negara bertanding dengan jumlah kutipan 12 emas, 10 perak dan 13 gangsa menjadikan jumlah kutipan pingat adalah 35. Selama 11 hari berlangsung, Sukan Komanwel 2010 di India ini berjaya mengumpulkan 6,081 atlit dengan 21 acara sukan dan menjadikan acara sukan terbesar yang pernah di anjurkan oleh india. Apapun tahniah kepada India kerana berjaya menganjurkannya dan yang paling penting tahniah kepada kontijen Malaysia kerana telah berjuang untuk meharumkan nama negara. Malaysia boleh!

Exit mobile version