Site icon Blog Anak Perak

Apa Hal Cari Awek Dekat Blog Aku?

Pada suatu pagi yang dingin aku sampai di masuk pejabat aku yang terletak di Menara SAAS UiTM Shah Alam. Sampai sahaja di mejaku, aku terus membuka email dari Mozilla Thunderbird. Aku klik satu persatu email yang belum dibaca dan terdapat satu email yang dihantar melalui contact form aku dan email tersebut tertulis seperti ini :

Mencari Awek

From: hasanudin
Subject: cari awek

Message Body:
sape2 yg single ley col di talian 017XXXXXXX

Gila skema ayat aku. Macam tulis novel cerita seram jer. Apehal mamat ni cari awek kat blog aku ni apa ingat aku bukak perkhidmatan mencari jodoh ker. Ini blog jantan ler, ko nak cari betina pergi blog betina ler takpun korang boleh pergi sini http://www.carijodohmelayu.com/ atau http://www.myjodoh.net/. Ish macam-macam hal la korang ni.

Exit mobile version