Site icon Blog Anak Perak

Ragam Dibulan Puasa

Assalamualaikum dan selamat petang. Lagi berapa jam untuk berbuka, tapi sudah terfikir apa hendak dimakan berbuka ni.Yang terbayang kat kepala ni pizza,ayam panggang sekor taknak separuh, nak sekor gak.haha..memang nafsu makan betul.Malam tadi merupakan malam pertama tarawih. Memang meriah surau di taman aku, macam ada kenduri kahwin aku tengok meriah. Dalam kemeriahan terdengar suara² cakap “ala, malam² awal. Tengok la dalam 5 hari hendak cukup 5 saf pon susah”.

Aku akui apa yang dia cakap itu betul, awal-awal sahaja semangat. Lepas tu makin kurang safnya.sehari 1 saf hilang sehingga hari yang berikutnya sampai la hampir Aidilfitri, last² tinggal imam dan bilal jer.hehe..Mungkin aku juga termasuk dalam orang² yang hilang itu.Kurangnya jemaah di surau atau masjid ada puncanya, mari kita lihat puncanya :

Mari kita sama-sama munasabah diri kita. Sambil aku munasabah diri aku sendiri, aku juga dapat mengingat korang. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk beribadah kepadanya, insyallah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Exit mobile version