Site icon Blog Anak Perak

Google Image Terbaru Mempromote Blog

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang ini aku nak share dengan korang benda terbaru dari engin carian yang popular iaitu google. Google telah membuat penambahbaikan kepada engin carian image mereka. Engin carian baru ini nampak tidak kemas berbanding sebelum ini kerana memaparkan semua image yang dijumpai mengikut saiz berbeza. Jadi search result akan nampak lebih berterabur dan tidak kemas. Ditambah lagi hampir 15 page result di papar dalam satu page. Memang nampak banyak, tapi nasib baik loading dia tidak memakan masa yang lama. Ini mungkin untuk memudahkan pengguna untuk mengagak sendiri saiz image dan mengetahui posisi image sama ada landscape or potrait.

Bila kita enlarge image tersebut dengan mengklik gambar thumbnail, akan terpapar popup image berlatar belakangkan sumber image tersebut. Berbeza dengan sebelum ini, bila kita enlarge dia bahagian bawah image tersebut masih terdapat senarai search result yang kita cari. Jadi kita tidak perlu menekan button back untuk melihat search result tadi. Ini mungkin ingin menjaga copyright sesuatu gambar yang dijumpai dengan memaparkan sumber, selain itu dengan cara ini juga dapat mempromote blog atau website kita dan memudahkan mereka memberi kredit. Itupon kalau dia sedar diri.

Exit mobile version