Site icon Blog Anak Perak

Bertudung Untuk Fesyen

Assalamulaikum dan selamat pagi. Salam ramadhan untuk hari yang ke-15 kalau tidak silap aku. Maksudnya sudah 1/2 bulan kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya berpuasa penuh. Cepat sahaja masa berlalu yer. Lagi dua minggu kita akan berhari raya. Gaji sudah masuk dan perlu berjimat cermat untuk membuat persiapan raya.

Bila bulan puasa ini, maka penuhlah di tv cerita² berunsurkan keagamaan. Bila unsur keagaaman jadi untuk menampakan watak kesolehan sesorang perempuan maka tudung memainkan peranan peting. Antara artis yang aku nampak artis yang tidak bertudung tapi bertudung dalam lakonan adalah Lisa Surihani dalam cerita Tudung Express, Fasha Sanda dalam Teh Tarik Kurang Manis dan banyak lagi artis² lain.

Aku perhatikan tudung ini hanya untuk lakonan dan untuk berfesyen sahaja seolah-olah mempermainkan soal menutup aurat ni. Maka akan akan lakulah pelbagai jenis tudung-tudung yang bernamakan artis-artis popular raya ini. Yang tidak pakai tudung dan berubah memakai tudung itu, alhamdulillah mereka ingin berubah. Macam mana yang sekadar bertudung untuk berfesyen atau lakonan. Adakah ia tersenarai dalam ciri-ciri manusia munafik? Wallahualam, tepuk dada tanya iman.

P/S : Maaf jika mana-mana pihak terasa hati, aku menulis berdasarkan pandangan aku dan tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak.

Exit mobile version