Gambar kenangan masa aku bercuti ke Pulau Pangkor bersama-sama rakan praktikal dan pekerja di Majlis Perbandaran Manjung. Pergi balik hari sahaja sebab bukan jauh pun dari rumah. Bila pergi kawasan percutian di pulau-pulau semua kenangan tidak boleh dirakamkan dengan lensa kemera kerana kebanyakkan aktiviti yang biasa kita lakukan di pulau adalah aktiviti air. Maka terlepas begitu sahaja kenangan yang begitu berharga disebabkan kamera tidak kalis air.
Sampai hendak ambil gambar kena ambil jarak sebab takut kamera terpercik air. Jadi untuk tidak kenangan anda tidak dipersiakan begitu sahaja maka dengan itu syarikat kamera terkenal, Sony mengeluarkan model terbaru iaitu DSC-TX5. Apa yang bagusnya kamera ini? Kamera ini kalis air! Wah, biar betul. Percayalah, ini bukan cerita dongeng. Kita boleh menangkap gambar di dalam air sehingga kedalaman 3 meter
Terdapat dengan 5 pilihan warna, Sony DSC-TX5 akan memberi kualiti gambar terbaik dengan 10.2 Mega Pixel T Series 4x Optical Zoom Cyber-shot . Selain itu Kalis Air, Sony DSC-TX5 juga kalis suhu walaupun anda mengambil gambar dibawah paras beku iaitu –10ºC. Ia juga kalis debu dan kalis gegaran. Untuk memberi effect dan kualiti gambar lebih baik, ketiga-tiga teknologi digabungkan iaitu “Exmor R” CMOS sensor, BIONZ imaging processor, dan Carl Zeiss® Lens. Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi laman web ini http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5
