Site icon Blog Anak Perak

UPSR & PMR Dimansuhkan?

Kementerian Pelajaran bercadang memansuhkan peperiksaan awam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (PMR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan alasan kerana bagi menukar konsep belajar untuk menhadapi peperiksaan. Tapi perkara ini masih dalam perbincangan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran meminta pendapat dari semua orang tentang perkara tersebut.

Bagi aku sebelum perkara ini berlaku banyak perkara kena fikir. Antaranya bila UPSR dimansuhkan bagaimana kita hendak mengukur tahap pencapaian pelajar tersebut selama enam tahun dia belajar di sekolah rendah. Bagaimana kita hendak ketahui sama ada dia bersedia menghadapi sekolah memengah. Macam mana pula kemasukkan ke sekolah berasrama penuh dipilih. Untuk PMR, peperiksaannya kearah menentukan aliran apa yang mereka akan ambil. Jika PMR dihapuskan macam mana hendak menentukkan aliran pelajar tersebut.

Kementerian perlu memperjelaskan bagaimana soalan SPM akan dibuat. Adakah soalan akan dibuat dari apa yang dibelajar dari darjah satu hingga ke tingkatan 5? Adakah tidak akan membebankan pelajar untuk mengingat apa yang dibelajar selama 12 tahun? Aku paham, kementerian ingin mengelak pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. Selepas peperiksaan semua benda dibelajar akan dilupa. Tapi jika pelajaran tersebut ada kesinambungan maka pelajar tersebut tidak akan lupa selepas peperiksaan. Aku rasa kena tukar silibus pelajaran baru mansuhkan UPSR dan PMR. Itu pendapat aku. Pendapat anda?

Exit mobile version