Site icon Blog Anak Perak

Perhatian Kepada Penunggang Motosikal

Pagi ini satu kejadian telah berlaku. Aku pergi kerja awal sebab acara merebut parking start awal hari ni. hehe..acara merebut parking tu. Aku tengok ramai staff datang awal hari ini sebab semalam dah serik susah cari parking. Hari ini lagilah, ramai graduan akan hadir. Semalam hanya untuk graduan bijak pandai sebab yang memberinya Yang Di-Pertuan Agung.

Dalam perjalanan ke pejabat, ada satu moto ni. Sudahlah bawak slow lepas tu bawak dekat tengah jalan. Aku memotong la. Sekali depan tu jem, moto tu datang menghapiri aku dan sound. Eh silap, bukan moto tu sound aku, menunggang moto tu sound aku. “Bawak kereta elok² la sikit”. Eh aku pulak kena marah, nasib baik potong kalau aku langgar? Tapi takder la aku cakap macam tu. Aku cakap la kat dia, en boleh tak bawak moto kekiri sedikit, bagi laluan dekat kereta. Lepas tu dia buat muka then bla.

Korang mana la amik lesen moto ni. Aku pon ade lesen moto der, cuma aku tak bawak moto jer. Aku tahu cara yang betul untuk bawak. Lagi satu sakit hati, kerajaan perabis duit berjuta-juta untuk buat lorong moto, kenapa korang still tidak guna. Bila excident, salahkan pengguna kereta. Benda ni selalu terjadi dekat highway. Highway tu besar, moto korang kecik jadi kebarangkalian tidak nampak korang tu tinggi. Jadi kalau mau hidup lama, bawaklah ikut lorong yang disediakan.

Exit mobile version