Mouse zaman dulu menggunakan bebola, jadi korang kena service selalu untuk performance yang elok. Sembang macam cerita hal kereta jer. Dunia sudah maju, sekarang mouse sudah menggunkan optical. Ade lagi pakai bebola? Baik korang buang la, buat malu jer pakai tu lagi.
Ok, aku bagi teknik sikit cara menggunakan mouse ni. Itu kena ajar ker? Eh, perlu aku rasa. Bukan semua orang tau tentang benda ni. Aku pakai mouse yang ada 5 button. Pernah guna? Baik korang try, memang best kalau korang selalu browse internet. Tapi sekarang aku nak cerita yang 3 button.
- Button Kiri
- Button Kanan
- Scroll WheelScroll Wheel ni yang kat tengah² tu. Ape fungsinya? Nama pon scroll, untuk scroll la. Itu pon nak bagi tau ker. Owh kerek yer.Selain itu?
- Scroll
- Untuk gaya bebas / auto scroll
- New window / tab
- Back dan forward
- Zoom
Benda ni korang pon dah selalu guna jadi aku tak payah cerita. Skip ke skill seterusnya.
Korang click scroll wheel kat mana² screen then gerakkan mouse ke atas atau kebawah dan kekanan atau kekiri. Speed ikut berapa jauh gerakkan mouse korang.
Korang pergi link yang korang hendak bukan then click scroll wheel tu. Maka terbitlah window baru.
Korang tekan shift. Jangan lepas then korang scroll keatas untu next page dan scroll kebawah untuk back page.
Korang tekan ctrl. Jangan lepas then korang scroll keatas untuk zoom in dan scroll kebawah untuk zoom out.
Kalau korang tidak tahu button kanan untuk ape. Memang korang baru keluar dari hutan mana. Macam mana tah korang boleh tersesat kat blog ni.Button kiri ini untuk membuat selection biasa.
Button kanan untuk special function.Antaranya korang hendak melihat properties, send to dan pelbagai la. Untuk Windows 7, kegunaan right click telah digunakan sebaik mungkin untuk memudahkan pengguna. Korang boleh try right click kat windows bar kat bawah ni. Banyak menu akan keluar.
