Pagi ini aku membuka official email AnakPerak.com then aku mendapat satu email yang dihantar melalui form contact us menyatakan ingin menjadi ahli AnakPerak.com. Aku terkejut jugak, tiba² dia ingin apply jadi ahli. Erm, rasanya aku tidak tubuhkan persatuan atau kelab untuk anak-anak jati negeri Perak.huhu.. Dalam email tersebut dia siap nyatakan berasal dari mana.
Aku memang ada cadangan untuk membuat website dan forum rasmi untuk anak-anak jati negeri Perak berkumpul untuk meluahkan pendapat dan idea. Tetapi disebabkan berapa faktor, aku terpaksa lupakan hasrat aku. Faktor yang tidak membolehkan aku meneruskan hasrat aku adalah.
- Hosting aku package murah. Aku rasa kalau ramai² serbu mau habis bandwidth dalam sehari.
- Aku bukan online 24 jam yang membolehkan aku menjadi admin sesebuah forum. Ingat senang buat forum, bukak² terus tinggal. Memang huru-hara jadinya.
- Tiada masa untuk membuat dan maintain website/forum sebab system di tempat kerja aku pon tidak siap-siap lagi.
- Ingin menumpu pada blog sahaja.
Tetapi jika yang ada ingin menjadi sukarela ingin menghandlenya aku akan mempertimbangkan untuk membuka forum untuk anak-anak jati negeri Perak Darul Ridzuan.
