Lama aku tak bukak syarikat pengiklan OLX ni. Last aku bukak pun masa nak cari rumah sewa. Sedang aku search-search kat google keluar la keyword dari OLX ni. Keyword apa yang sampai keluar macam ni? haha.. Entoh la,aku pon pelik.
Tapi yang lagi peliknya, macam mana iklan khidmat sex boleh dibiarkan sahaja? Adakah Malaysia ni dah open minded sangat macam kat barat? Yang menghairankan aku pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ker? Nak kata website dari luar tak gak sebab mereka menggunakan domain .com.my. Dari Malaysia tu.
Kita dok marah dok keji dok sakit ati kes-kes buang bayi. Tapi kita tak cari dari akarnya untuk menyelesaikannya. Asyik menunding jari. Kalau masing-masing menunding jari tidak selesai masalah ini. Kalau nak buang sesuatu pokok, kena buang dengan akarnya sekali jika tidak ia akan tumbuh kembali. Wah dah macam Karam Sigh Walia lak aku ni.
