Site icon Blog Anak Perak

Siapa Otai Blogger

Apa itu otai dalam terms berblog ini? Otai adalah orang lama dalam bidang blog ini. Sama seperti dengan diva. Tapi perkataan diva digelar untuk artis dan selebriti. Siapa yang beri gelaran otai kepada mereka ini? Adakah mereka sendiri yang mengelarkan diri mereka otai? Kalau macam itu, memang jenis masuk bakul, angkat sendiri.

Selalunya gelaran otai ni diberi oleh pengikut blog dia. Apabila bergelar otai secara automatik blog dia popular. Mana tidaknya bila pengikut dia menganggap dia otai, pengikut dia akan mengajak orang lain untuk berkunjung ke blog dia. Jadi bertambah pengikut dia. Macam itu wujudnya perkataan otai, sebab ramai pengikut.

Adakah otai-otai ini penulisan blog mereka bagus? Tidak semestinya sebab tidak semua otai blogger bagus dalam penulisan. Kadang-kadang penulisan mereka sama dengan penulisan bloggers beginner. Bezanya dengan beginner adalah mereka ada pembaca yang setia.

Adakah semua otai perlu berlagak dan sound orang sesuka hati tambah-tambah beginner? Tidak semua jenis macam itu ada sesetengah sahaja. Tetapi selalunya teguran mereka ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Jadi perlukah kita mengikut segala tugaran mereka? Itu terserah pada anda. Bagi aku, selalunya teguran yang betul dengan cara yang betul aku akan ikut.

Exit mobile version