Siapa pernah tengok cerita Aduan Rakyat setiap Rabu 9.00 malam di TV3. Tajuk cerita sudah kita mengetahui akan tema dan konsep cerita ini. Cerita yang mengisahkan aduan rakyat Malaysia mengenai ape juga masalah yang berkaitan dengan kemasyarakatan.
Ada 3 pengacara yang menjadi peneraju utama dalam cerita ini. Tapi aku kenal salah seorang, tidak lain dan tidak bukan Mr Karam singh Walia. “ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua” Melaporkan untuk TV3. Ya, siapa tidak kenal dengan beliau yang agak terkenal dengan peribahasanya.
Kebanyakkan aduan yang dibuat oleh rakyat melalui Aduan Rakyat telah dibuat tindakan susulan sebelumnya mereka mengadu di Aduan Rakyat seperti menghantar surat rasmi dan mengadu kepada wakil rakyat. Yang menjadi isu sekarang,mengapa pihak yang bertangungjawab bila sudah masuk TV baru bertindak. Adakah mereka ini jenis gila populariti atau malu selepas keluar TV?
Mana perginya Wakil Rakyat dikawasan tersebut. Adakah sibuk di Dewan Rakyat menyalahkan satu sama lain, mengutuk parti lain, mengutuk orang itu dan tempat membuka pekung di dada. Bukankah Dewan Rakyat tempat membincangkan isu rakyat? Kenapa jadi medan berpolitik? Adakah salah rakyat sendiri memilih pemimpin yang tidak berkalibar? Semua itu aku sendiri tidak dapat menjawabnya. Lu pikir la sendiri!
