Ada kemajuan pemimpin Malaysia sekarang. Mereka juga tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan ICT di Malaysia. Bermula dengan mantan perdana menteri Tun Mahathir dengan blognya http://chedet.co.cc/Dato’ Seri Najib juga tidak ketinggalan dalam bidang ICT. Langkah pertama dengan blognya 1Malaysia.
Blog ini sangat interaktif dan berinformasi.Dengan susun atur dan warna blog ini menarik minat sesiapa sahaja melihat. Jika dibandingkan Portal Rasmi kerajaan Malaysia dengan blog 1Malaysia, aku lebih berminat dengan blog 1Malaysia ini kerana susun aturnya kemas dan gambar dan ikon digunakan lebih cantik berbanding portal rasmi kerajaan yang lebih nampak berserabut dan mudah ‘lost’ serta gambar digunakan sungguh kabur dan kusam.
Baiklah kita sambung pasal topik tadi. Najib juga mengorak dua langkah terus dengan membuat akaun twitter dan facebook. Tetapi yang aku tidak puas hati sekarang kenapa UiTM sekat access untuk laman facebook. Macam mana hendak menggalakkan staf turut serta dalam kumpulan yang ditubuhkan Najib
