Demam drama Nur Kasih hampir ke penghujungnya kerana hari jumaat ini adalah episod akhir drama bersiri itu. Orang-orang Singapura sudah kebah demamnya kerana mereka menonton satu episod awal dari penonton di Malaysia. Aku yang terlepas banyak episod amat berterima kasih kepada TV3 kerana menayang kembali episod-episod sebelum ini setiap hari selasa hingga jumaat jam 7.30.
Kenapa aku hendak lihat cerita itu dalam kualiti maksimum? Ini kerana selain plot cerita Nur Kasih amat menarik, aku juga tertarik dengan video motion dia. Anda perasan atau tidak ketika menonton, kamera tidak di fokuskan kepada pelakon sahaja. Ia turut memfokuskan juga keaadaan sekeliling. Ini dapat memberi feel kepada penonton supaya mereka juga berasa berasa disitu.
Cukup sekadar kita lihat pada permulaan cerita ini.Jurukamera pandai bermain dengan agle. Jalan cerita yang unik dan nampak realiti ditambah pula dengan kemera motion yang menarik jadi tidak terkejut jika cerita ini mampu menarik berjuta penonton.Jadi marilah kita nantikan kesudahan Nur Kasih.Apakah yang sanggup di korbankan untuk cinta…
