NIPPLE CONFUSE?AKIF REJECT SUSU IBU DALAM BOTOL.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyusukan baby Akif dengan susu ibu sehingga kini. Memasuki tempoh 1 tahun 6 bulan, kategori ‘Master in Breastfeeding’.

Pengalaman menyusukan Akif Mama rasa lebih mudah berbanding anak sebelum ini, Arif. Mungkin sebab dah ada serba sedikit ilmu dipraktikkan dan pengalaman, so apa-apa masalah lazim tentang penyusuan susu ibu, Mama berjaya handle.

Akif

Tapi.. Sejak bermula PKP, dari 18 Mac 2020 hingga 2 bulan kemudian, Akif ada 24/7 dengan Mama. Maka lebih mudah untuk Mama menyusukan Akif secara terus.

Pernah sekali Mama terpaksa tinggalkan Akif beberapa jam dengan Papa. Bila balik rumah, Papa kata “Akif reject susu botol!”. Baik susu perahan yang chill atau pun yang beku tapi dah cairkan awal. Dah syok menyusu terus dari Mama, mana kan mahunya puting getah tiruan, ye tak? He he.

Akif dikategorikan sebagai nipple confuse ke?

Papa kata kalau minum air dari botol minuman guna straw, Akif okay je. Nak try letak susu dalam botol minuman, risau nanti Akif trauma tak mau dah minum air dari botol minuman. Kena try juga nanti.

1 Jun 2020, Mama mula masuk kerja. Seperti biasa, Mama bekalkan beberapa botol susu ibu perahan. Habis kerja, jemput Akif dan pengasuh Akif kata “Akif tak mau langsung susu botol..! Tahan betul dia minum air masak dalam botol dia tu je…”

Hmmm.. semalam je, 12 oz susu perahan kena buang. Frozen breastmilk. Bila dah dicairkan, hanya bertahan 12 jam sahaja untuk diminum. Hari ke-2, cuba bekalkan dengan susu perahan semalam.

Tapi nasib baik Akif bukan jenis picky-eater. Nasi, sayur, mee, pasta, daging, telur, ayam semua dia makan. Air masak memang rajin minum. Alhamdulillah, jenis nak makan. Mama bagi 2 thumbs up untuk selera makan Akif.

Sebab itu Mama tak risau sangat bila Akif tak mahu menyusu / reject susu botol di siang hari. Akif cukup makan dan minum. Itu paling penting untuk pembesaran dia.

Mama cuma terpaksa menyerah bila malam, Akif melekap sakan dengan Mama sampai Mama tak banyak masa untuk buat kerja lain.

Berbaki 6 bulan sahaja lagi untuk melengkapkan tempoh 2 tahun penyusuan susu ibu untuk Akif. Cepatlah masa berlalu. Mama tak sabar nak dapat ‘PhD in Breastfeeding’ pulak.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

31 thoughts on “NIPPLE CONFUSE?AKIF REJECT SUSU IBU DALAM BOTOL.

  1. ingatkan nipple confuse ni masa bayi bawah 6 bulan je sebab dia kecil lagi. alhamdulillah anak saya tak de masalah nipple confuse walaupun masa pkp asyik melekap je. mungkin sebab kadang2 walaupun bersama, ada juga bagi dia mnyusu guna botol. mungkin sebab tu kot tak confuse.

  2. good parenting tips. banyak ilmu parenting saya boleh belajar even belum ada anak hehe

  3. sy dulu sampai anak 3 tahun. Susah betul nak putus susu. Huhuh. Tapi alhamdulillah dia tak nipple confuse. Dia terima je susu walaupun dalam botol.

  4. mmg lain anak, lain peel dia. insyaAllah dengan praktis, baby mudah terima nanti

  5. Bagusnyaa Aqil, walau susu botol dia reject, tapi selera dia makans emua makanan tu paling Sis suka, sebagai seorang Ibu kalau nampak anaknya suka makan dan pemakan, itulah saat paling membahagiakan, walau anak dah tua bangka pun hahahahah

    1. Alhamdulillah..Akif nk makan minum mcm kita yg biasa ni. Tak risau sangatlah..

      Ye betul, penat2 masak, anak makan sampai habis, seronok sangat rasanya :-)

  6. Sharing yang bermanfaat untuk ibu ibu di luar sana. Saya tak ada penglaman lagi dalam benda benda macam ni. tapi entri ni buat saya paham struggle seorang ibu tu macam mana

  7. Sama la. Anak pun tk suka minum bottle. Suka melekat je. Agaknya sbb ada bau badan ibu dn lebih suka susu fresh rasanya

Leave a Reply