KASUT SEKOLAH SUNFEET : KASUT PENYELAMAT TULANG BELAKANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sabtu lepas, 23 November 2019, Mama sekeluarga menyinggah ke Sunfeet International Rehab Centre sempena musim ‘Back To School’ untuk misi mencari kasut sekolah yang sesuai untuk Afiq ke sekolah tahun 2020.

Bersama Dato’ Dr Edmund Lee

Siapa Dato’ Dr Edmund Lee?

Beliau merupakan Pakar Ortotik No 1 di Malaysia. Generasi ke-3 yang menyambung legasi perniagaan keluarga dalam bidang ortotik.

Menubuhkan MyORTHO Footcare Specialist Centre, iaitu pusat pakar pertama yang diakreditasi oleh PFOLA ( Prescription Foot Orthotic Laboratory Association) dalam bidang pakar ortotik

Presiden kepada pertubuhan berikut :-

Malaysia Advancement Prosthetics and Orthotics Association & Malaysia Pedorthics Footcare Association

Kenapa Mama bawa Afiq ke Sunfeet International Rehab Centre? Sebab…

  1. Sunfeet adalah butik kasut yang bertanggungjawab menyediakan kasut yang sesuai demi menjaga kesihatan tulang belakang.
  2. memiliki variasi kasut untuk pelbagai jenis tapak kaki.
  3. menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kaki secara PERCUMA.
  4. seterusnya boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bagi menentukan jenis kasut yang sesuai untuk kesihatan tapak kaki.

Anak sulung, pengalaman pertama Mama dalam menyediakan kelengkapan sekolah yang terbaik untuk anak. Antara salah 1 kelengkapan wajib adalah KASUT SEKOLAH!

Afiq suka dengan keselesaan kasut dari Sunfeet

Berkesempatan mendengar penerangan dari Pakar Ortotik No 1 di Malaysia, Dato’ Dr Edmund Lee, banyak ilmu baru dan penting tentang kaki dan kasut yang sesuai mengikut bentuk tapak kaki.

Masa dengar penerangan tu, mulut Mama ni tak berhenti dok sebut “owh! macam itu rupanya…” kadang-kadang “Laaahhh.. baru tahu!”. Penting untuk mak ayah tahu tentang keselesaan dan keselamatan kasut yang dipakai oleh anak. Bukan kira nak cantik bergaya sahaja.

Menurut Dr Edmund, faktor keselesaan dan keselamatan kaki apabila memakai kasut perlu dititik beratkan. Bukan hanya sekadar bergaya tetapi juga sepatutnya berfungsi untuk menjaga kesihatan dan keselamatan tulang belakang badan. Setiap tekanan dalam pergerakan kaki melangkah boleh memberi kesan pada tulang belakang badan.

Atas faktor inilah, Mama perlu ambil kira untuk membeli kasut demi keselesaan kaki Afiq sepanjang masa sesi persekolahan. Sudah tentu perlu banyak bergerak. Anak lelaki lasak, rajin melompat dan berlari. Dan yang paling penting, Afiq perlu rasa selesa dan melindungi tulang belakang badan apabila memakai kasut sekolah seharian memandangkan sesi sekolah adalah dari jam 7.30 pagi – 3.30 petang.

Sebelum beli kasut, biasanya mesti kita akan test masukkan jari dengan anggaran jarak 2 jari atau selebar ibu jari. Tekan sedikit di hujung hadapan kasut sebab nak rasa kot kasut tu ketat kat bahagian depan ke kan…

  • Point 1 : Tekan bahagian depan untuk pastikan ada ruang untuk pengembangan kaki
  • Point 2 : Periksa kelebaran kasut untuk pastikan tiada tekanan pada bahagian tepi tapak kaki
  • Point 3 : Pastikan ketebalan ruang kasut sesuai dan selesa untuk tapak kaki
  • Point 4 : Pastikan pelekat zap kasut tu melekat dengan kemas dan tidak bergesel dengan pergelangan kaki apabila bergerak.
  • Point 5 : Pastikan kasut grip dengan bentuk buku lali untuk elakkan tercabut.
  • Point 6 : Ujilari pemakaian kasut. Pastikan anak mudah bergerak dan berjalan seperti biasa bila memakai kasut.

Lepas tu, Mama bawa Afiq untuk ke pemeriksaan tapak kaki secara PERCUMA untuk menentukan jenis tapak kaki Afiq. Yelah, risau kot selama ni main pakai je kasut sebab tengok design cantik, tapi sebenarnya boleh bawa pada masalah tulang belakang.

Afiq menjalani sesi Foot Scanning

Keputusan dari pemeriksaan tapak kaki tadi dan setelah mendapatkan konsultansi dari Dr Edmund adalah kaki Afiq adalah dalam katagori Flat Feet.

Flat Feet tu bermakna bentuk tapak kaki yang bermasalah. Boleh mengakibatkan masalah seperti berikut…

Salah satu senaman yang boleh dilakukan untuk merawat Flat Feet adalah kutip guli di lantai dengan menggunakan jari kaki, angkat dan pindahkan di tempat lain.

Hah! teruuusss Afiq ajak Mama pergi beli guli. Ha ha ha!

Selain itu, Dr Edmund ada juga beri nasihat tentang kekerapan pemeriksaan kaki yang perlu dilakukan mengikut umur

Kekerapan pemeriksaan kaki yang dicadangkan

Oh ya! ada promosi istimewa Sunfeet berikan bagi pembelian kasut sekolah

Bukan sekadar kasut sekolah, tapi kasut kasual pun ada

Mungkin warna kegemaran Mama, merah bawa tuah dan juga rezeki anak, Afiq, Mama bertuah dapat saguhati dalam cabutan bertuah Sunfeet Centre. Terima kasih, Sunfeeeeettt!!!! * happy!

Terima kasih Dr Edmund! =)

Boleh lawati FB Page Sunfeet International Rehab Centre atau laman sesawang www.sunfeet.com.my untuk maklumat lanjut atau boleh walk-in ke butik Sunfeet beralamat seperti berikut

SUNFEET INTERNATIONAL

BLOCK C, 18, JALAN 19/1, SEKSYEN 19, PETALING JAYA, 46300 PETALING JAYA, SELANGOR

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 10 pagi – 7 malam.

Nombor telefon : 013-5283939/013-9122939

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply