CAR SEAT BARU UNTUK AKIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Walaupun anak ramai, Papa & Mama boleh travel dengan kereta tanpa perlu runsing anak cedera di dalam kereta sebab melompat-lompat / berkejar ke depan-belakang di dalam kereta yang sedang bergerak. Sebelum mula perjalanan, kami akan pastikan semua ahli terikat kemas dengan tali pinggang pada seat masing-masing.

Ayat teguran biasa “Kena pakai seat belt. Kalau tidak, polis tangkap nanti!”

Takut pulak tu anak-anak dengan polis. He he!

Dari anak 1 sampailah anak dah 3 orang ni, semuanya kami biasakan dengan penggunaan car seat sejak dari awal. Car seat anak-anak Papa beli jenama Sweet Cherry. Kategori harga mampu milik juga.

Afiq 4 bulan
Arif 7 bulan

Car seat biru tu turun temurun dari Afiq kepada Arif. Memandangkan jarak umur pun 1 tahun je. Lepas bertukar kepada convertible car seat, terus Papa jualkan car seat biru tu. Dari terbiar, baik dijual supaya mereka yang kurang kemampuan untuk beli car seat baru (katanya mahal sangat) tu, tiada alasan untuk tidak melabur pada soal keselamatan anak.

Sekarang, Akif pula…

Akif 7 bulan

Beza umur Arif dan Akif adalah 4 tahun. So, Akif memang dapat barang baru.

Nasib baik guna kereta MPV, boleh la muatkan 3 car seat. Letak barang kat mana? Haaa… Kita tambah bonet kat bumbung kereta. Ha ha!

Papa memang secara rasmi menjadi pemandu peribadi keluarga kecil kami setiap kali keluar ke mana-mana. Tapi kali ini, Papa duduk seorang di barisan hadapan. He he!

Mama dah selalu sangat zikir kat telinga Papa “Kesian Akif tu. Macam sendat je duduk dalam car seat merah tu. Nampak macam kena beli car seat yang besar sikit supaya dia selesa. Akif pun dah bertambah ‘semangat’.”

Taraaaa…

Akif dapat car seat baru! Yeay!

Nampak lebih selesa dan santai untuk Akif duduk dalam kereta. Convertible car seat baru ni, jenama Sweet Heart Paris. Model apa Mama tak tahu. Ha ha ha! Kalau ikutkan harganya macam mampu tengok je tapi kebetulan ada sale, terus Papa beli sebab harganya jadi mampu milik.

Antara tips yang Papa & Mama gunakan untuk kekalkan anak duduk elok dan gembira dalam car seat masing-masing – > TIPS ANAK DUDUK ELOK DALAM CAR SEAT

So, car seat lama Akif tu kami nak jual atas sebab tidak lagi digunakan. Lagi sekali, atas niat nak bantu ibu bapa lain yang masih lagi berkira dari segi kewangan untuk melabur pada soal keselamatan anak. Jika ada yang berminat, boleh tinggalkan komen pada entri ini. Terima kasih.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “CAR SEAT BARU UNTUK AKIF

Leave a Reply