PENGALAMAN PERTAMA KALI ANAK MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SRAI 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

29 Jun 2019, Sabtu. Alhamdulillah, selesai urusan UKS SRAI jam 11.30 pagi.

Jam 7.30 pagi Mama dan Afiq gerak keluar dari rumah menuju ke SRAITAF (Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah) di batu belah, Klang. Perjalanan lebih kurang 10 minit. Sampai je sana, penuh kawasan sekitar dengan kereta. Tak apa, kita park kereta jauh sikit asalkan selamat.

Sebelum mula exam, punya berjela Mama pesan dan ingatkan Afiq

“jawab exam tu elok-elok”

“jangan tau nak cepat siap je. Make sure tengok balik paper tu kot-kot ada yang tertinggal”.

“buat macam exercise kat rumah tu, cooool ajer..”

“kalau cikgu tanya soalan, jawab elok-elok..”

“kat sekolah ni, tak ada Teacher Little Caliphs tau. Semua Teacher lain..”

Entah apa Mama melalut dok pesan macam lah remind diri sendiri nak jawab exam. Ha ha!

Afiq simple “yeerrr.. Afiq tau lah Mamaaaa…!” menjawab tak pandang muka Mama pun.

Itulah lelaki. Mudah sungguh jawab balas dia. Ha ha!

Kan dah kata, Afiq cool dan teruja nak sit exam tu.

Lepas sesi pendaftaran, dapatkan maklumat kelas, Mama serahkan Afiq 100 persen pada guru SRAITAF untuk sesi ujian. Mama setia menunggu sambil berdoa semoga urusan Afiq dipermudahkan Allah.

Sementara menunggu, ibu bapa akan diberi taklimat tentang SRAITAF, prosedur ujian (penyediaan soalan, pemarkahan dan keputusan ujian). Sesi taklimat ini memang penting untuk diambil maklum.

kaum bapa
kaum ibu

1) Antara point penting dalam sesi taklimat ;SRAITAF hanya buka 3 kelas sahaja bagi kemasukan Tahun 1/2020. Maksimum murid adalah 120 orang. Kuota separuh lelaki, separuh perempuan. Tapi ustaz kata “calon uks hari ini adalah seramai 440 orang murid..” .

kuota pelajar di SRAITAF

2) Ujian bertulis 70 markah. Ujian lisan 30 markah.

3) Keputusan ujian akan dikeluarkan pada 18 Julai 2019, jam 10.00 pagi. Maklum balas (terima atau tolak tawaran) mesti dilakukan antara 18 Julai 2019 – 2 Ogos 2019.

URL untuk semak keputusan UKS nanti
Tarikh penting!

4) Jika keputusan TIDAK BERJAYA, terus download dan isi borang rayuan, dan dihantar ke pejabat sekolah, bukan JAIS!

5) SRAITAF telah mendapat pengiktirafan kerana kecemerlangan warganya. In sha allah tersenarai menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SK) yang nantinya akan membawa nama SK SRAITAF. (seingatnya, Mama dengar ustaz kata begitu)

6) Lepasan UPSR dari SRAI, boleh memohon untuk kemasukan ke sekolah menengah SBP, SBPI, MRSM & SMS (Sekolah Menengah Sains). Sebab SRAI guna silibus subjek di bawah KPM.

Jam 11.30 pagi, murid selesai sesi ujian. Keluar dari kelas. Turun tangga menuju ke ibu bapa masing – masing. Habis dah semua turun, Mama tak nampak Afiq. Padahal dah tunggu depan tangga sebaik sahaja ustaz buat pengumuman. Ah sudah! Menggagau Mama mencari.

Rupanya, Afiq dah turun terlebih awal. Laju je dia pergi ke kantin. Dia ikut arus orang menuju ke kantin. Kesian Afiq, mesti tercari-cari mana Mama. Sorry Afiq, Mama terlepas pandang anak Mama ni. Alhamdulillah ada juga kenalan yang menyambut dan bantu jaga Afiq sambil mencari Mama. Terima kasih. Lega hati dah jumpa anak. He he.

On the way balik rumah, Mama cuba risik macam mana situasi dan perasaan Afiq masa lalui sesi ujian tadi.

“Afiq jawab semua soalan exam ke?”

“Ada soalan yang Afiq tak boleh jawab ke?”

“Tadi ada cikgu suruh Afiq baca cerita kan? (ujian lisan)”

“Tadi cikgu tanya soalan apa? Ada cikgu tu tanya what is your name ke? how old are you ke? (ujian lisan)”

“Soalan bahasa Arab dia tanya pasal apa? Ada macam kita study tu ke? 1 2 3, body parts dengan colours dalam bahasa Arab tu?”

Afiq dengan selamba tengah mengunyah roti jagung, sambil tala muka depan air-cond pun menjawab

“semua ada, Mama…”

Ya Ampuuunnn.. payah benar nak dapat jawapan details dari dia. Mama pasrah je la. Afiq pun nampak macam tak rasa bersalah/ ralat sebab dia tahu dia dah buat sehabis baik masa ujian tadi.

Tapi bila Papa dia tanya, elok pulak dia jawab “Afiq exam tadi kena baca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun..”

Alhamdulillah. Selesai urusan. Mama boleh berehat. Nanti nak mula persediaan untuk anak ke-2, Arif, untuk sesi UKS SRAI tahun hadapan pula.

Semoga ada rezeki dan peluang untuk Afiq belajar di SRAI. Amin..

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply