ALHAMDULILLAH… MENGANDUNG LAGI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tidak merancang malah tidak pula aku berharap tetapi diizinkan oleh Allah swt, aku mengandung lagi. Kali ke-3 setelah jarak hampir 4 tahun selepas kelahiran anak ke-2.

Selepas kelahiran yang ke-2, kami suami isteri bersepakat untuk merancang sendiri. Tak ambil pil/ cucuk ubat/’tanam’ alat pencegah kehamilan. Tapi pernah guna kondom sebagai alat perlindungan. Well, bukan 100% jaminan selamat dari mengandung lah kan. Memang tough sebenarnya tindakan ini sebab memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak.

Lebih-lebih lagi, sepanjang 2 tahun lepas, kami PJJ. Hujung minggu sahaja berjumpa.

Alih-alih…

Situasi di suatu pagi, setelah lebih seminggu lewat ‘period’. Clueless. Speechless. Ha ha ha!

Teruuuusss Whatsapp suami yang jauh di perantauan dan respons beliau…

Perasaan aku? Sedar diri mengandung tapi … entah. kan dah kata Clueless. Speechless. Ha ha ha!

Reaksi Afiq dan Arif? Afiq lebih pada acuh tak acuh. Arif teruja bila tahu ada baby dalam perut Mama. Di awal kehamilan, Arif kerap bertanya keadaan baby dalam perut. Bukan nak tanya Mama dia ni sihat ke tidak, morning sickness ke tidak. Ha ha!

Budak-budak selalunya berkata ikhlas dari hati. Dan… Kenyataan memang pahit untuk diterima. Ha ha ha!

Arif lebih kerap sentuh, gosok malah main geletek perut aku sebab nak main dengan baby. Afiq? Bila dia rasa nak tahu, baru dia tanya or concern. Boleh kira dengan jari la dia peduli pasal baby. Dulu pun, masa Arif lahir, Afiq buat tak tahu je. Nampak sangat dia tak kisah.

Agak perut dah besar sikit, macam-macam soalan Afiq & Arif tanya

“Macam mana  baby boleh ada dalam perut Mama?” – Susah juga nak jawab soalan ni…

“Baby tengah buat apa dalam perut mama?”

“Bila baby nak keluar? Macam mana baby nak keluar?”

Soalan yang buat aku terbuntang biji mata “KENAPA MAMA MAKAN BABY?”

Oh anak.. Kalaulah engkau tahu macam mana ‘sedapnya makan’ baby tu, kalau tak dikawal, laaaagi banyak baby yang akan terhasil. Ha ha ha ha ha!

Afiq kata “mesti baby busuk kan? sebab keluar ikut bontot Mama macam berak tu..”

Oh anak… kalaulah engkau tahu betapa sakitnya melahirkan bayi, busuk/kotor macam mana pun, kau tetap dan rela untuk cium bayi sejurus melahirkan. :-)

Arif pulak marah “Eiii..Mama jahatlah makan baby!”

Mengandung kali ini, aku alami alahan (muntah) teruk. Tapi Alhamdulillah masih berselera untuk makan dan minum. Lebih teruk kalau terlambat makan. Confirm muntah. *Orang lain makan-muntah-makan-muntah. Aku LAMBATmakan-muntah-LAMBATmakan-muntah. He he.

Muka kembang semangkuk. :-D

In sha Allah hari ini, check-up untuk kandungan memasuki 26 minggu. Setakat naik 4kg sebulan, apa ada hal. Ha ha ha!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “ALHAMDULILLAH… MENGANDUNG LAGI!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.