RAGAM AFIQ KE TASKA. SERONOK KE TIDAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1 September 2016, hari pertama Afiq ke taska. Macam-macam persediaan dibuat sebelum ke taska. Jangkaan aku, Afiq tak akan menangis kena tinggal kat taska. Ya! Nasib baik betul.

Jpeg
Ini Afiq

Malah, Afiq buat tak tahu je bila aku ucap selamat tinggal. Sibuk explore suasana baru dan berkenalan dengan awek baru. Ha ha!

Bila aku jemput dari taska, teruja punya pasal, “Mama.. Afiq main slide. beeessssttt!”. Ok, Mama tak sempat tanya apa pun lagi tapi Mama tahu Afiq seronok ke taska.

Disebabkan Afiq seorang yang free-diapers antara kanak-kanak sebaya dia, aku pesan ulang kali pada teacher. 1st & 2nd day, Afiq bocor. Alah, sikit je hujung seluar dalam kata teacher. He he. Sebab malu nak cakap dan dia hanya cakap bila dah ‘hujung’ rasa nak kencing. Makin hari, Afiq dah okay.

Hari ke-2, Afiq menangis ke taska. Aku jadi berat hati. Nak tak nak, aku kena lepaskan sebab nak pergi kerja. Bila balik kerja, jemput Afiq dari taska, teacher Afiq cakap “sekejap je dia nangis tadi. Lepas tu elok je macam biasa”. Nak sedapkan hati aku atau memang itu adalah fakta, aku tak tahu. Fikir yang positif ajelah.

Bila cerita pada Bonda, katanya ia situasi normal. Bonda juga jaga anak jiran. Begitulah antara ragam budak-budak bila kena duduk dengan pengasuh.

Aku tak puas hati, on the way back home, after school, mesti nak tanya Afiq. Soalan biasa…

Mama : How was your school? Is it fun? (bagi pilihan jawapan sebab environment baru)

Afiq : Fun!

Mama : What did you do at school…?

Afiq : Main slide. Main ngan abang…  (nada seronok bercerita)

(Dalam hati Mama) “Owh..baguslah dia dapat kawan baru. Geng main.”

Mama : What did you eat at school…?

Afiq : Eat nasi.. BIIIGGG nasi. (maknanya dia makan banyak) Eat soup… Buah…

Mama : How does it taste…?

Afiq : Errmmm… delicious!

Hampir setiap hari aku akan tanya.

*p/s: Mama ‘speaking’, Papa ‘Bahasa’. Alah bisa tegal biasa.

Bila Afiq menangis ke taska, aku rasa tak seronok. Kot-kot ada benda yang buat Afiq tak selesa atau tak seronok. (Bayangkan kena buli dengan budak lain, kena marah dan lain-lain yang negatif)

Sangkaan suami? “Mungkin sebab dia tak dapat tengok TV. Kan kat rumah ibu, pagi-pagi datang, tengok kartun. Sebab tu kot dia tak nak pergi taska..”

Tiba-tiba suami tambah lagi “Cuba tanya Afiq, kot-kot teacher ada marah-marah dia ke…?” Afiq tu mudah sentap orangnya. Aku jegil mata kat dia, belum “Haiippp!” lagi, dia dah mencebik. Ha ha!

Hati macam tak kuat nak dengar jawapan Afiq bila aku tanya “Did teacher angry today?”. Boleh pulak dengan selamba dan yakinnya Afiq jawab “Teacher tak angry pun. Teacher bessttt!” Pheww. Lega.

Aku tanya lagi “Did you watch cartoon at school?” . Laju Afiq jawab “Eh… NO TV lah Mama. TV tutup! Tak boleh tengok.”

Sangkaan yang sangat berasas dari suami. Mungkin betul sebab TV.

Dari hari ke hari, Afiq berikan respons positif tentang school. Kali pertama dengar Afiq cakap

“Mama go to work, adik go to ibu house (rumah pengasuh), Afiq go to teacher (school)! Yeay!”

Alah… pagi-pagi suruh bangun mandi, menangis jugak! Ha ha ha!

Apa pun yang membuatkan Afiq seronok ke taska, Mama berharap biarlah ia sebab yang baik.

Semangat Mama siapkan bekalan sarapan untuk Afiq hampir setiap hari. Errr… kadang-kadang Isnin Mama malas. Ha ha!

Jpeg
Pulau Nasi Carrot Di Tengah nama menu ini.

Kalau malas, sarapan yang ini je lah…

Jpeg
Cucur bawang Adabi…

Okay, saja nak bagi tahu yang aku adalah seorang ibu yang kreatif sebab buat ‘sampan’ daripada tisu sebab nak letak sos tomato. Ha ha!

Minggu ni, minggu cuti sekolah. Ramai yang bercuti. Makanya, kawan-kawan taska Afiq juga ramai yang tiada. Apa lagi, menangislah dia duduk taska tak ada geng. Kesiaaannn… He he.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “RAGAM AFIQ KE TASKA. SERONOK KE TIDAK?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.