SUPERDAD VS SUPERMOM! (BHGN 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

************************************************************

Wehuuu! 4 hari cuti yang lepas, hari-hari suami bawak aku dan anak-anak keluar jalan, merayau entah ke mana, tanpa tujuan tertentu. Hanya niat nak luang masa bersama yang tersayang sambil menikmati pemandangan luar.

Ahad – Isnin pulak kami ke Genting Highlands. Layan indoor games. Niat nak hiburkan anak-anak :-) Bila anak terhibur, hati mak bapak pun happy, maka terciptalah “1 happy family at homeeee!” Ha ha.

*************************************************************

*Terngiang-ngiang momen keseronokan masa kat Genting Highlands.

Ok. Dah hiburkan hati anak-anak. So MAMA nak hiburkan hati mama dengan cara MAMA yang tersendiri. Tapiii…. adaaaa jer halangan.

Situasi 1

wayang

Ewah ewah… kalau PAPA nak keluar, lepas bagitau MAMA, PAPA dengan senang hatinya keluar. Tak ada syarat pun. Tak aci tau!

 

Situasi 2

Ada aku ceritakan dalam kisah SUPERDAD VS SUPERMOM! (BHGN 1). Sambung sikit kasi habis.

Selalunya MAMA yang akan EL bila anak sakit. Tapi bila PAPA yang EL sebab jaga anak yang sakit, lebih kurang serupa lah macam MAMA pun EL jugak sebab….

whatsapp

Sibuk jugak nak tanya anak buat apa, dah makan ker belum, sihat ke tidak..

Kalau MAMA yang EL, nan hadooo lah PAPA nak tanya. Ha ha! Sebab apa? Sebab PAPA tahu yang MAMA adalah SUPERMOM yang mampu uruskan anak-anak dengan jayanya. Yihaaa!

 

Situasi 3

Hari itu MAMA rasa sakit-sakit badan. Dah siap plan dengan bonda MAMA nak pergi spa kat Kuala Selangor. Kebetulan bonda nak balik kampung, so MAMA ingat nak follow lah. Of course MAMA minta izin dengan PAPA

MAMA : Syg ingat nak pergi spa lah. rasa letih badan ni. Nak lah manjakan badan dengan urut, sauna & mandi jakuzi… Boleh tak, B?

PAPA : Lama tak?

*PAPA bagi green light! tapi lain macam je soal balas PAPA tu.

MAMA : Errmm… perjalanan dari sini ke Kuala Selangor dalam 1 jam, spa bagai semua dalam 3 jam lebih lah. Pastu perjalanan balik 1 jam. So, lebih kurang 5 jam lebih la Syg keluar rumah.

PAPA : Lamanyaaa…!

OK. Reaksi tu MAMA dah faham sangat. Bukan sebab PAPA tak bagi TAPIIII… 5 jam tu, PAPA kena handle 2 orang hero yang…

1 – bila kedua-duanya bergabung menangis serentak, memang boleh hilang akal nak berfikir apa yang patut dibuat. Kah kah kah!

2 – bila mana Arif (adik) akan teriak 1 rumah semata-mata nak kan orang datang dan bercakap-cakap / bercerita / bergurau dengan dia. PAPA mana reti nak bedtime story telling niiii! HA ha. Dan dan la masa tu, Afiq (abang) pulak sibuk desak untuk build up a building from the blocks! Dah macam mana PAPA nak bercerita dan dalam masa sama, tangan nak susun blok, mata pulak boleh juling kejap nak pandang adik, kejap nak pandang abang. Ha ha ha.

3 – bila Arif nak susu, kena secepat yang mungkin sumbat susu ke mulut dia! Kalau tidak, jiran selang 2 buah rumah boleh dengar Arif menangis. Dah tentu PAPA kena alert selang masa menyusu. Tak boleh leka, kena sentiasa tengok jam. Selang 1.5 jam Arif akan menyusu. So, PAPA kena standby panaskan susu siap-siap. Sampai masa, ambil dan sumbat ke mulut Arif. (MAMA dah siap kan botol-botol yang berisi susu, PAPA cuma perlu panaskan je. Simple!)

*PAPA sentiasa tengok Handphone (Whatsapp, FB etc tapi tak TERtengok jam kt Handphone tu). He he.

4 – bila nak suruh dorang tidur, kena hadap situasi di mana abang tidur – adik jaga ATAU adik tidur – abang jaga. Punya jenuh nak dodoi adik, tak sampai 5 minit, adik nangis terjaga. Lastly, 2-2 tidur-tidur ayam je. Dah macam mana kalau adik tidur, abang bising & sebaliknya. Sabar je lah. Ha ha.

Macam-macam boleh jadi dalam 5 jam tu. See! Hanya SUPERMOM, iaitu MAMA je yang boleh handle benda-benda macam tu. Lalala~

Bila MAMA mengadu dengan bonda, jawapan dia…

whatsapp mama

Katanya, itu adalah PERKARA BIASA buat seorang MAMA! Natijahnya, MAMA tak jadi pergi spa. Sadis!

Tepek 1 gambar budak kecik yang sukaaaaa sangat buat perangai ‘tak nak PAPA, nak MAMA ajeeerrrr!’ bila MAMA ada

Jpeg
Arif Hazim (5 bulan)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “SUPERDAD VS SUPERMOM! (BHGN 2)

  1. Hihi…btol tu..selalu nya mommy akan mengalah dalam byk hal. Terutama part yg untuk diri sendiri..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.