[PENGALAMAN] AZABNYA BERURUT KETIKA BERPANTANG!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semalam mama singgah rumah, aku ambil kesempatan untuk tanya perihal ketika berpantang nanti. Antaranya, bab makan jamu / minum air akar kayu & berurut. Masa berpantang kali pertama dulu, memang aku HARAMkan badan aku ni dari berjamu / minum air akar kayu. Sebab? Nak anak minum susu badan, nanti minum susu yang ‘panas’ dek jamu, bahaya pulak untuk bayi yang kena jaundis. Kalau bayi tak tahan ‘panas’, efek lain pulak nanti.

Teringat time berurut time berpantang dulu, sampai sekarang aku masih dapat feel azab berurut! Kenapa azab? Jap lagi aku cerita…

berurut
Sumber gambar adalah dari Google

Ohhh… reaksi aku tak akan se’rileks’ ini kalau berurut secara tradisional.

Walaupun berurut tu orang kata elok untuk

 

  1. Kembalikan kesegaran tubuh

  2. Menaikkan semula rahim

  3. Mengeluarkan darah yang terperangkap

  4. Mengendurkan segala otot-otot yang tegang

  5. Buang angin dalam badan

  6. Melancarkan perjalanan darah

  7. Menegang dan membentuk tubuh agar segera kembali ke bentuk asal

 

Kalau boleh, aku tak nak pilih untuk berurut cara tradisional i.e dengan bidan kampung / pakar urut kampung. Aku stress 1 badan! Hanya ada SATU sebab aje aku terpaksa tadah je badan kena urut tradisional sebab percaya dengan urutan di bahagian payudara boleh melancarkan aliran susu badan. Kalau urut breast je instead of keseluruhan badan, tak boleh ker?

Biasanya 3 hari atau 5 hari selepas bersalin, baru berurut. Tapi pengalaman aku, dekat 1 minggu selepas bersalin baru dapat berurut. Sebab? Tukang urut BUSY! Ha ha. Belum berurut lagi aku dah stress sebab kena tanggung sakit bengkak susu. Lepas berurut pulak aku stress sebab sakit 1 badan! Seminggu lepas berurut badan masih sakit-sakit, otot tegang sana sini. Dah rasa bergerak macam robot. Tapi tak ada pun aku rasa badan jadi ‘sedap’ atau lega lepas hilang sakit tu. SAMA JE!

Memang akan alami sakit macam tu ker bila berurut?

3 hari aku kena hadap sakit berurut. Bayar RM 200. Aku tak tahu bayaran tu mahal ke patut. Dah mama kata ‘sedap’ badan lepas berurut dengan makcik tu, aku ikut je la. Ahh! lain badan, lain rasanya.

Bab sengkak peranakan tu aku paling seriau! Kena lembutkan badan, jangan melawan masa tukang urut tengah sengkak. Perrgghhh! Kalau boleh terajang, memang aku terajang je makcik tu.

Nasib baik masa lepas bersalin, doktor dah korek keluar darah beku dalam badan. Ya! aku dapat rasa tangan doktor seluk ke dalam melalui vagina dan kruk kruk korek baki darah dalam rahim. Nasib baik tak sakit. Ha ha. I like! Kesannya, darah nifas aku tak banjir lah. Keluar biasa-biasa je. Tak risau kot bocor kat tilam.

Kalau tidak, aku tak dapat bayang apa makcik tukang urut akan buat untuk tolak keluar darah tu.

Sepanjang proses berurut, rajin pulak makcik tu bercerita kisah-kisah orang yang pernah dia urut. Sambil tu aku perhati je gerak kerja tangan dia masa mengurut. Nampak sempoi je dia hayun tangan, tapiiii… sakit oi! Sampai sekarang aku terfikir-fikir, macam mana ada orang boleh kata urutan macam itu ‘SEDAP’?!

Kali ini pun aku pasrah jugak berurut tradisional. Sebab? Nak lancarkan aliran susu badan. SATU sebab ini je! Haaiihhh… Lagi sekali aku nak tanya. Tak boleh ke urut breast je instead of 1 badan?

*****

*Flashback!

Awal-awal kahwin dulu, mama bawak aku dan suami pergi jumpa tukang urut tradisional sebab kami lambat dapat zuriat. Yelah, salah 1 caranya pergi berurut kampung. Nak tak nak, aku ikut jugak sebab fikir nak zuriat. Itulah kali pertama kami laki bini merasa urut kampung. Aku terjerit-jerit sakit, suami pulak “Oucchh! Oucchh!” tahan sakit sambil maki dalam hati.

Paling tak boleh blah bila suami gelakkan aku sebab suara aku jerit sakit, bergema 1 rumah tukang urut tu. Huh!

1 minggu kami laki bini jadi robot lepas berurut tu! Grrr… Suami pulak dah macam bersumpah tak nak berurut style kampung lagi. Azab 1 badan. Dia yang kena sekali dah serik, aku ni kalau ada rezeki berpantang nanti, entah berapa kali kena hadap.

*****

Memang akan alami sakit macam tu ker bila berurut?

Kalau untuk kendurkan otot tegang, lancar aliran darah, urut untuk bentuk tubuh badan dan juga buang angin, baik aku layan urutan spa. Tenang dan lebih selesa. Emosi tak terganggu, badan tak terjejas / sakit. Tapi hasilnya aku puas hati sebab melibatkan ketenangan mental dan kesegaran fizikal.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

14 thoughts on “[PENGALAMAN] AZABNYA BERURUT KETIKA BERPANTANG!

  1. Setuju.. Tak dinafikan urut lepas bersalin tu elok untuk kesihatan jangka panjang.. tapi pada saya, kita kena pilih tukang urut yang kita selesa dengan cara urutannya. Lain orang, lain badan, lain selesanya.

    Saya dulu sanggup balik kampung kat parit raja johor untuk urut kat kampung mak.. memang selesa dengan sorang mak cik ni.. kalau di KL, sukarnya nak mencari. dah jumpa, tak sesuai pulak.. harga dah satu hal lah kan..

    1. mmg betul tu. lain badan, lain ragamnya. kalau dah suka & selesa, jauh mana pun sanggup pergi..:-)

  2. Sy rs bidan awak tu urut ganas sgt kot..bidan sy dlu urut xdela sakit pun..lpas dia urut badan rs sedap n segar je.. Maybe next time u can try bidan lain plak..

  3. eh siannya pengalaman awak tu. saya pernah macam2 jenis tukang urut. bab sengkak tu la mmg paling seriau. dah tu tak naik2 pulak tu rahim tu rasanya… rasa macam ade benjolan jek kat bawah tu.. sekali sampai demam urat haaa 3 hari. akhirnya terpaksa jugak carik tukang urut lain.

    bila yang kakak ni, urut sengkak x sakit, pergh… mmg tobat dah x nak tukar. memang best dan sengkak x sakit. petua die, masuk sauna dulu, barulah ok sikit segala urat tu diurut.

    kalau x, memang taubat.

    1. ikut tangan tukang urut jugak kan. ada yg main bedal je urut sbb bagi dia, kalau tekan kuat2, itulah yg baik. Tapi sebenarnya urut yg betul, mesti kena pada gaya dan tempat sentuhannya. saya berurut di spa, wpun urutan nampak simple tapi alhamdulillah, hilang segala sakit2 saya. lebih segar rasanya..

  4. Salam.. sy ni dlm hari.. baru 26 hari.. tp belum berurut.. kes trauma jugak la ni ??
    Rasanya kita sependapat.. sy mmg cadang nak pergi spa je utk berurut.. mertua da bising2 sebab tak berurut lagi.. sabau je la ??

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.