SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 3)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 1)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 2)

Perkembangan anak kecil memang tak akan dapat diduga. Ada yang cepat, ada yang lambat. Bermacam-macam jenis perkembangan anak boleh berlaku baik dari segi perlakuan, pemikiran atau percakapan. Sekarang Afiq Hazim dah 1 tahun 3 bulan. Memang aku tak akan habis rasa excited bila tahu dan tengok sendiri perkembangan anak dari hari ke hari.

Beruntungnya ibu-ibu yang berpeluang menjaga sepenuh masa anak-anaknya sejak dari kecil sebab lebih kerap dapat lihat perkembangan dan ragam anak yang macam-macam. Kenangan semua tuh. Itulah pengakuan ikhlas dari aku yang amat mencemburui seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Berharap juga dapat merasa pengalaman tu nanti.

Macam biasa, rutin harian anak kecil, main dan belajar.

 

Situasi 1 : Rutin harian, aku kena bacakan buku untuk Afiq. Kalau terlupa, macam malam tadi, dia sendiri pergi ambil buku, hulur dan minta aku bacakan..

Afiq : Book… Book…

Mama : Ok. Let’s go. Mama reads the book for you..

Bukak halaman pertama… Gambar ini…

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Mama : Apa ni? (sambil tunjuk jari pada gambar)

Afiq : O…yi… (Lo…rry…)

Aku tunjuk gambar lori yang lain. Yang lagi besar dari tadi…

Mama : Waaaaa! A Big Lorry…

Afiq : O_O (Pandang muka aku mengharapkan aku ulang kembali kata-kata tadi)

Mama : A… BIG (nada suara ditekan) Lorry….

Afiq : A… BIK (nada suara ditekan) Oyi!

Ha ha! Aku gelak seronok.

 

Situasi 2 : Aku baru nak solat Maghrib. Memang jadi kebiasaan, aku biar je Afiq ada dengan aku. Kacau tak kacau, belakang kira. Yang aku fikir, biar dia belajar dari pemerhatian. Baru angkat takbir, tiba-tiba dengar suara ayahanda (atok Afiq)…

Atok : Afiq…. Jom dok luar, mama sembahyang tu… (Sambil tarik tangan Afiq)

Afiq : (Meraung dan memberatkan badan untuk stay di situ) No! No! No! No!

Atok : Ok.. Jom atok bawak naik car, nak?

Afiq : (Senyap) Tom! Tom! (Jom! Jom!)

Arrgghhh! Nampak sangat aku tak khusyuk solat.

 

Situasi 3 : Salah 1 bahan bacaan Afiq adalah tentang haiwan peliharaan. Kalau baca buku yang 1 ni, memang aku jadi ‘binatang’ sama. Macam-macam bunyi keluar. Selak punya selak, sampailah kat gambar ini…

fat cat
Gambar sekadar hiasan

Afiq dengan lajunya memetik jari seperti memanggil kucing. Lalu terkeluar dari mulut beliau “DOG!”. Ha ha… aku suspect Afiq bayangkan kucing gemuk tu besar sangat macam anjing. Tak apa lah, nama pun belajar. Nanti kita belajar lagi yer… :-D

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

8 thoughts on “SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 3)

Leave a Reply