KURSUS PRA-PERKAHWINAN KALI KE-5 TAHUN 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera

Minggu depan dah nak mula cuti sekolah selama hampir 2 minggu. Antara aktiviti wajib anjur di musim cuti sekolah adalah kenduri kahwin.

Cakap bab kahwin ni, teringat pulak prosedur yang memerlukan komitmen yang banyak untuk diikuti sebelum majlis. Antaranya adalah pasangan diwajibkan menghadiri kursus pra-perkahwinan.

Sekarang kat UiTM Shah Alam tengah on untuk pendaftaran kursus pra-perkahwinan khas untuk warga UiTM sahaja iaitu khusus kepada staf dan pelajar tahun akhir sahaja. Dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), peserta seperti syarat yang dinyatakan boleh lulus dengan jayanya kursus ini dengan ongkos RM 60.00 sahaja! Murah! Dulu masa aku pergi kursus pra-perkahwinan ni kat luar, dalam 3 tahun lepas, RM 80.00 paling murah.

Ada jugak aku dengar ura-ura katanya pihak jabatan agama Islam nak buat kursus seminggu, ala-ala kem motivasi, kena bermalam kat mana-mana pusat latihan. Jadi ke tidak tu ya?

Dengan privilege yang dimiliki sebagai warga UiTM, maka berpusu-pusulah orang terutamanya PELAJAR TAHUN AKHIR yang nak register. Aku pun tak pasti sebab kukuh budak-budak ni nak join. Adakah sebab yuran yang murah? Mungkin sebab bulan depan dah nak kahwin kot? Dan tak kurang jugak aku dengar alasan “Errr…kawan ajak teman, saya join ajer..”. Hai laaahh… alasan macam itu pun boleh pakai.

Jawapan paling best aku dengar bila saja aku tanya budak-budak ni sebab dia orang join kursus ni adalah “Owwhhh…saja join sebab tak tahu lagi kahwin bila. Lagi pun, sijil ni valid seumur hidup kan, akak?” Ini jawapan biasa dari mulut pelajar lelaki. :-D

Jpeg
Borang Pendaftaran Kursus Pra-Perkahwinan

Dan soalan yang aku selalu dapat dari peserta lelaki “Kak… ramai lelaki ke perempuan yang join kursus pra-perkahwinan ni…?” Sudah tentulah jawapannya PEREMPUAN dik oi.. He he. Eh… Bukan sebab perempuan zaman sekarang ni gatal nak kahwin TAPI bilangan penuntut IPTA kan dipelopori oleh kaum wanita :-)

Bukan boleh main terjah jer. Hanya terhad kepada 170 orang terawal yang boleh mendaftar untuk sesi kali ini. Kebiasaannya, dalam minggu pertama, lebih tepat lagi dalam masa 3 hari dari tarikh iklan dikeluarkan, habis kuota penyertaan! Fuuhhh! ramai jugak rupanya umat manusia yang belum bernikah ni yer.

Dalam tahun ni, ikutkan perancangan, pihak Pusat Islam UiTM bercadang buat 6 siri kursus. Next session is on November 2014. In Sha Allah.

p/s : Rasa macam tua sangat diri ini bila pelajar yang mendaftar kursus ni majoritinya lahir tahun 90-an…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “KURSUS PRA-PERKAHWINAN KALI KE-5 TAHUN 2014

  1. salam. kursus kat uitm ni dibuka untuk org luar x? macam mana nak tahu kalau ada opening utk Nov 2014? TQ

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.