HIKMAH MENINGGALKAN ISTERI / SUAMI

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pepatah ada mengatakan “Sayang isteri, tinggal-tinggalkan…” yang bermaksud keluarlah kamu wahai suami untuk mencari rezeki demi menanggung makan pakai isteri juga anak-anakmu. Tapi kalau dah suami keluar pergi mencari isteri baru, itu namanya suami ‘menanggung’ kerugian bila hari-hari main baling pinggan mangkuk periuk belanga dengan bini. He he.

Pandang dan nilailah pepatah Melayu kita dari sudut yang baik. Kalau suami tak keluar bekerja, mana nak dapat rezeki? Anak bini nak makan pakai apa? Dalam kes ini, aku dapat lihat hikmah terbesar apabila aku dan suami berjauhan buat seketika kerana suami ke luar negara atas urusan kerja, selama hampir 2 bulan, iaitu RASA CINTA, KASIH & SAYANG juga RINDU lebih bermakna dari biasa (hari-hari biasa ketika dekat pun aku rasakan semua perasaan itu).

Janggal rasanya bila malam, tidur berdua je dengan anak.

kalendar
Hari-hari pangkah kalendar, countdown untuk suami pulang ke Malaysia

Bila berjauhan dengan pasangan ni, macam-macam cara kita akan ikhtiarkan supaya dapat berhubung hari-hari macam selalu walaupun jauh dari sisi. Macam aku, sebelum ini tak pernah pun guna aplikasi Skype (sebab tak minat video call dengan sebarangan orang). Gila mundur T__T. Sebab berjauhan beribu batu ni, suami lah yang tolong ‘install’ kan Skype pada fonepad so senang kami nak berhubung bukan sekadar mendengar suara tapi dapat melihat wajah orang tersayang.

skype

Bukan setakat itu je, hari-hari kami suami isteri mesej dah macam budak baru nak belajar bercinta. Ok rasa lebih bahagia, berbaloi dan puas hati bila cintan cintun dengan suami sendiri. Bila tengok jam, dok kira perbezaan antara Malaysia dan luar negara, lepas tu bila celik mata, wish “Good night…” atau “Good morning!” walaupun masa hantar mesej tu tengah malam buta jam 12.00. Unik!:-p

Dari sudut sang suami, hikmah berjauhan adalah…

homesick1
Ok…suami nak cover jiwang, dia upload & mention rindu kat anak je… He he

Rasanya pertama kali aku nampak suami buat luahan perasaan HOMESICK! Ha ha. Maklumlah, jauh di perantauan. Perginya dalam minggu ke-2 Syawal pulak tu..

Eh eh, aku pun nak jugaklah luah rindu pada suami, guna anak sebagai ‘orang tengah’

homesick2
Ustaz kecil Afiq Hazim

Kebetulan anak suka sangat main handphone mamanya, meh sini mama ajar hantar ‘Whatsapp’ pada papa…

Assalamualaikum…

Wahai ayahandaku yang dikasihi, yang jauh di perantauan. Semoga ayahanda sihat walafiat hendaknya. Anakanda juga bonda di sini sentiasa doakan keselamatan & kesihatan ayahanda di sana. Rindukanlah kami dalam setiap hembusan nafasmu, kenangkanlah kami dalam setiap doamu, ingatkanlah kami dalam setiap aktiviti ‘shopping’mu, dan semoga ‘buah tangan’ buat anakanda SAMA BANYAK dengan ‘hadiah istimewa’ buat bonda… Sekian,

Dari kami yang sentiasa merinduimu,
~Anakanda  & bonda~

Baru adil! He he.

Alhamdulillah sepanjang masa ketiadaan suami di sisi, mama dan ayah banyak membantu urusan harian. Aku minta 2 bulan pengecualian dari pengasuh Afiq sebab kami ‘stay’ di rumah kedua ibu bapaku. Hujung minggu je aku bawak anak balik ke Rumahku Syurgaku. Ye lah, nak lah jugak tengok-tengok keadaan rumah. Kot siling bocor ke, lantai berhabuk ke. Yang paling penting, bila ada kat Rumahku Syurgaku, rasa dekaaaat sangat jasad dengan suami. Boleh peluk cium bantal busuk suami buat lepas rindu. Ha ha. Ok bai!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “HIKMAH MENINGGALKAN ISTERI / SUAMI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.