EKZEMA : KLINIK PEDIATRIK ADEK (PAKAR KANAK-KANAK)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Ya! Selepas berjumpa dengan doktor pakar, Afiq Hazim disahkan menghidap penyakit Ekzema @ ruam kulit yang bukan biasa.

Atas cadangan dari seorang officemate encik suami, kami bawak Afiq Hazim berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. Aku pulak memang jenis tak boleh tengok anak sakit, memang sehabis baik nak bawak anak buat rawatan sampai sihat. In sha Allah.

Officemate tu cadangkan kami bawak jumpa doktor pakar kat Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak) bertempat di Seksyen 9, Shah Alam. Klinik tu dok belakang McDonalds. tersorok sikit & keciiiik je klinik. Alamat klinik..

20, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G-9/G, Seksyen 9, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor.

Mula-mula bila dengar perkataan ‘doktor pakar’ tu dalam otak dah fikir “mesti mahal kos rawatan ni karaannggg…” TAPI… sangkaan aku meleset! bagi aku kos rawatan adalah masih dalam kemampuan dan aku boleh kategorikan sebagai MURAH dan BERPATUTAN dengan konsultansi serta ubat-ubatan yang diberikan. owh! keselesaan dalam klinik dan juga sifat ramah doktor juga termasuk dalam dalam bil rawatan ye. ok just kidding! Ha ha :-p

Jpeg
Kos ubat-ubatan kurang dari RM 100. Murah jugak

Jumlah bil adalah RM 149.00 itu termasuk kos pendaftaran baru sebanyak RM 60.00. Kalau ikutkan, kos ubat-ubatan tak sampai pun RM 100 :-)

Hasil selepas konsultansi, kami mendapati :-

1 – doktor Amdan Ahmad sangat peramah orangnya. Kemain si Afiq Hazim depa tangan suruh doktor dukung dia. Suasana klinik juga sangat selesa.

2- Setiap pertanyaan kami dijawab dengan baik dan sempurna. Malah doktor Amdan banyak memberikan nasihat serta tips/cadangan penjagaan kanak-kanak ekzema.

3- Ubat-ubatan adalah ‘custom made’ iaitu dibancuh sendiri mengikut peratusan penyakit yang dialami. Dapatlah ubat krim sapu 3 jenis & ubat alergik untuk diminum. Juga sample susu :-)

4- Yang paling penting, kos rawatan adalah murah dan berpatutan :-)

Jpeg
susu jenis HipoAlergenik

Antara tips penjagaan anak ekzema dari doctor Amdan adalah :-

1- Kawal jenis makanan. Kalau boleh elakkan makanan laut. Ada sesetengah jenis ikan yang BOLEH DIMAKAN yang tidak menyebabkan / menambahkan iritasi ekzema. So, mama & papa kena buat eksperimen pada Afiq Hazim memandangkan beliau pun baru je dalam proses mula makan makanan pejal.

2- persekitaran sekeliling kena sentiasa bersih dari habuk. Walaupun bukan 100%…

3- Susu yang diminum juga boleh menjadi faktor ekzema. So, doctor Amdan bagi cadangan beberapa jenis susu yang semestinya jenis HipoAlergenik (HA). So far, Afiq Hazim minum susu formula Enfapro A+ Step 2, tak ada masalah rasanya. tapi tak apa, try je susu yang ada HA untuk tengok sama ada ekzema disebabkan oleh susu atau tidak.

Seingat aku la, klinik Adek ni operasi hariannya tak lama… 9.00 pagi – 12.30 tengah hari REHAT pastu 2.30 petang (ke kol 3.00 entah) sampai 4.30 petang. Itu pun aku datang awal pagi, kol 8.00 pagi terpacak depan pintu klinik, baru tahu klinik bukak jam 9.00 pagi. Ha ha. 1 jam masa menunggu tu kami isi dengan berpusing Shah Alam mencari stesen PETRONAS terdekat sebab nak basuh berak Afiq Hazim. Adeh… =.=’

Jam 10.00 pagi staf klinik dah pusing papan CLOSED kat pintu sebab angka giliran habis. punya ‘laku’ klinik pakar ni.

Keseluruhannya, aku dan encik suami berpuas hati la sebab dengan izin Allah, juga usaha berjumpa pakar serta kerajinan aku dok sapu ubat pada Afiq Hazim, Alhamdulillah eczema beliau semakin pulih :-) Yang melecet berair tu pun dah kering dalam masa 2 hari! Hari ke-3 hilang terus kesan merah dan kulit kering. Maka terserlahlah kembali pipi yang halus mulus beliau :-D

Lepas ni kita bantai makan ayam Mcdonalds yer Afiq Hazim. Keh keh keh…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

6 thoughts on “EKZEMA : KLINIK PEDIATRIK ADEK (PAKAR KANAK-KANAK)

  1. salam..nak tanya..1st time g klinik tu ke appointment ke? doktor yg ada doktor amdan je ke? klinik buka tiap hari ke?

    1. Wasalam..,ha ah..masa ni la 1st time g klinik pakar ni.x perlu appointment,walk in je,tp awal pg la.seawal jam 9 dh tpacak dpn pintu. Sbb cpt full.sy x pasti pulak kalau ada doc pakar lain slain doc amdan tu..tp kbykan pesakiy dirawat oleh doc amran tu.seingat saya buka hr bkerja je.itu pn smpai jam 5 or 6 ptg cmtu..:-)

        1. ikutkan x bagus kalau ada steroid. masa ni x tau pun pasal steroid. yg penting anak sihat.huhu..skrg ni lepas dh tau, mmg seboleh2nya amalkan yang bebas steroid.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.