Pesta Laut Pangkor Lumut 2012

Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menganjurkan Pesta Laut Pangkor Lumut 2012 pada 24 hingga 29 April 2012.

Program ini diadakan bagi mempromosikan Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012, meningkatkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke Daerah Manjung, sebagai salah satu cara mempromosi produk-produk pelancongan di Daerah Manjung serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh berlangsungnya program ini seperti gerai pameran dan jualan, menaiki Kapal Layar Cruise, Persembahan Seni Ukiran Ais, Pertandingan Sukan Pantai, Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Perahu Layar, Lumba Perahu dan Kayak, Demo Search and Rescue oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pertandingan Karaoke ‘Tourism Idol’ dan persembahan artis.

Untuk senarai acara boleh lihat di sini dan untuk maklumat lanjut sila like Facebook Page Pesta Laut Pangkor Lumut 2012

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.