Kecoh Betul Pasal Isu IKEA Meatballs

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Lama juga aku tidak menulis di blog ini. Aku banyak membaca blog-blog orang lain tapi untuk menulis blog macam malas. Baru-baru ini kecoh pasal Isu IKEA Meatballs di internet. Di surat khabar aku tidak pasti sebab aku lama tidak baca surat khabar. Isu ini timbul bila IKEA umumkan untuk menutup sementara gelanggang makanan atau bahasa jawanya ‘foodcourt’ untuk proses samak. Maka keluarlah kenyataan bahawa meatballs di IKEA itu haram.

Dengan keluarnya kenyataan itu, peminat setia meatballs IKEA mula melenting dan tidak kurang juga tidak senang duduk. Baru korang tercari-cari mana sijil halal, kenapa tidak paparkan. Masa sebelum makan itu korang tidak cari pula? Nampak sedap terus telan. Itulah sifat orang kita, bila nampak orang melayu ramai makan serbu jer anggap benda itu halal. Apa, ingat macam vote ker. Ramai orang melayu jadi makanan itu halal. Jadi, buat apa wujudkan sijil halal?

Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oIeh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oIeh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram”.

(Riwayat Bukhari)

“Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”.

(Al-Baqarah: 168)

Sudah jelas hadith ini, jadi korang hendak kecoh kenapa pula. Apa susah, rasa was-was jangan makan. Susah atau tidak Islam ini? Mudah bukan. Banyak lagi benda yang boleh dimakan di dunia ini, benda yang was-was korang hendak cari. Ingat Hadith atas ini sampai bila-bila, jangan makan ikut sedap sahaja.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Kecoh Betul Pasal Isu IKEA Meatballs

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.