Telefon Pintar? Adakah Kita Cukup Pintar Untuk Memilikinya?

Assalamualaikum semua! Ape khabar korang hari ni? Hope semuanya ok² belaka. Sedang aku menaik entri ni, opis aku semerbak bau roti bakar sebab officemate aku tengah buat parti roti. haha..

KUALA LUMPUR: Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion dijual di Malaysia tahun lalu.

Menurut kenyataan syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia, ia adalah peningkatan 24 peratus unit telefon dan peningkatan 30 peratus nilai keseluruhan industri berbanding 2009.
Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan, berkata telefon pintar adalah penyumbang utama kepada peningkatan prestasi industri itu.
Katanya, sejak awal tahun lalu, nilai jualan telefon pintar meningkat setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

“Pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan pemilikan telefon pintar. Kami menjangka jualan telefon pintar terus meningkat tahun ini dan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Petikan berita Berita Harian online.

Persoalan aku, adakah kita cukup pintar untuk memiliki sebuah telefon pintar? Mari kita semak, adakah kita pintar dari telefon atau telefon lagi pintar dari kita. Mari kita lihat beberapa situasi :

Situasi 1
Pergi di kedai hp cari telefon yang ada wireless, katanya mudah untuk connect wireless. Selepas beli berapa kali korang pernah connect wireless menggunakan telefon tu?

Situasi 2
Cari telefon 3G baru laju katanya. Tapi bila beli, guna untuk call or sms. Bila hendak guna internet pon time pergi McD guna wireless. Jadi apa tujuan 3G tu?

Situasi 3
“Tokei, kasi memory 10GB. Lagi besar lagi bagus.” Bila guna, 1GB pon tak luak. Punya tamak halobanya.

Situasi 4
Ali : Gua baru beli BlackBerry der.
Abu : Wah, menarik! Pinjam jap aku nak browse internet jap
Ali : Sorry der, aku tak topup lagi
Abu : Grrr…

Situasi 5
Cari hp yang senang nak install software macam². Bila dah pakai, yang dok install games or cari software yang free.

Situasi 6
Along : Wei, cepat email details ko. Ade ticket free ni
Angah : Alo, aku kat luar ni. Tunggu la aku balik rumah
Along : Kata pakai BlackBerry?
Angah : Memang la, tapi aku tak langgan package email
Along : Grr…Aku kasi la ticket ni kat orang lain.

Jadi, siapa lagi pintar? Telefon atau kita? Sudah terang-teranglah telefon sebab itu dinamakan telefon pintar. haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Telefon Pintar? Adakah Kita Cukup Pintar Untuk Memilikinya?

  1. aku suka situasi yang no.4 tu. haha. hphone sikit punya mahal tapi topup pon tak mampu.

    hakikat sebenar segelintir orang sekarang ini. more to show off. gadget terkini semua nak beli tapi ilmu tak ada.

    nak bagi tip sikit kalau nak expert pasal gadget or latest teknologi kawanlah dengan budak nerd. tapi janganlah ko pon nerd sekali sudey. haha

    sebabnya almost nerdy mereka lebih advance pasal semua ini. believe me :)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.