Kenapa Aku Tidak Menulis Entri Bercorak Keagamaan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama sungguh aku tidak update blog. Agak kesibukan sejak kebelakangan ni. Di rumah aku tiada internet jadi kalau hendak update pakai BlackBerry aku agak kemalasan untuk menaip.

Baiklah kembali pada topik kita, kenapa aku tidak menulis entri bercorak keagamaan. Bukannya aku buta agama dan aku jugak bukan hebat sangat soal agama. Aku juga dalam proses belajar. Ya, aku tahu menyebarkan ilmu sesuatu perkara yang baik dan dituntut tapi jika ajaran itu kita sendiri tidak kuasai takkan kita hendak mengajar orang pula? Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Kalau aku hendak menulis juga pasal keagamaan, boleh jer. Tulis sahaja apa yang aku tahu dan search hadis di Google untuk mengukuhkan lagi entri tersebut. Tapi kenapa aku tidak mahu buat seperti itu? Inilah sebabnya;

Sesiapa sahaja boleh tulis tentang ajaran agama Islam. Orang agama lain juga boleh tulis. Adakah korang pasti yang apa dia tulis itu betul atau salah. Dulu pernah ada website yang memaparkan kesalah-kesalahan dalam al-quran walaupon sepertimana kita tahu ayat al-quran tidak pernah silap.

Sekarang hadith-hadith palsu juga banyak. Dapatkah kita membezakan yang mana palsu dan yang mana sahih? Seperti contoh kelebihan solat terawih setiap malam tersebut, ahli ulama menyatakan ia hadith palsu. Korang boleh baca jenis-jenis Hadith di sini

Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pendusta yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah.

Hadis riwayat Muslim (no.15).

Dari Abi Hurairah, ia berkata. Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

“Barangsiapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka.”

H.R. Imam Bukhari (1/36) dan Muslim (1/8) dll.

Cara yang paling selamat adalah, janganlah kita menulis jika ilmu tidak cukup di dada. Aku tahu tujuan korang baik, tapi apabila penulisan korang itu salah boleh menyebabkan bukan korang sendiri sesat malah orang yang membacanya tanpa usul periksa juga akan turut diheret sekali.

Aku pernah terdengar bahawa berguru itu penting. Korang belilah buku agama banyak-banyak dan korang google sebanyak mungkin, jika tidak berguru mungkin korang akan sesat juga.

wallahua’lam

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Kenapa Aku Tidak Menulis Entri Bercorak Keagamaan

  1. betul jugak apa ko kata tu….
    aku pernah tulis satu entry, pastu ade reader tanya aku…betul ke tu? mana dapat hadis..takde rujukan pun…hurm…aku setuju apa ko kata. kene re-check blk entry aku. tak nak bg ajaran sesat kt orang lain.

    thanks.

    1. nampak, ko sendiri ade pengalaman. skrg dah byk diorg kuar entri keagamaan. mana yang aku pernah baca or dgr berbeza dgn apa mereka tulis. hendak tegur krg jadi perdebatan aku sendiri kalah sbb aku x der bukti dan aku ni bukan pandai sgt soal agama

  2. Assalamualaikum bro.

    Terpanggil aku untuk mengkomen di sini sebab blog aku memang cerita perihal agama. Tapi kalau kau ada terbaca blog aku, aku seorang yang tidak akan letak sebarang hadis sekiranya tidak sahih. Yup sangat bahaya apabila menyebarkan sesuatu yang tidak sahih dan paling membingkan sekiranya pembaca mengambil isi itu sebagai hak mutlak. Bahaya.

    Tak salah nak menulis perihal agama. Malahan sangat digalakkan. Sangat dituntut di dalam agama kita. Berpesan-pesan pada kebenaran. Boleh je olah bahasa yang digunakan tanpa meletakkan sebarang hadis. Banyak cara yang boleh dipelbagaikan selain meletakkan hadis apabila menulis perihal entri.

    Seperti blog Kereta Mayat. Cara penggunaan dan olahan bahasa beliau yang menyebabkan ramai pembaca bertandang ke blognya. Tepuk dada, tanya hati, tanya iman.

    Ilmu bukan boleh didapati daripada pembacaan semata-mata. Guru yang pertama sekali harus kita cari. Buku hanyalah sekadar panduan untuk mantapkan penguasaan. Dan rujuklaah kembali pada yang lebih arif sekiranya was-was tentang sesuatu perkara itu sebelum ditulis.

    Pendapat aku semata-mata :)

    1. Waalaikumasalam

      memang aku kata x salah. walaupon kita tidak memetik sebarang hadith atau ayat al-quran tetapi kita perlu tahu juga hukum hakam sebelum menulis.

      Kalau kita tulis entri “marilah solat” itu mudah sebab orang tau solat hukumnya wajib. tapi bila kita tulis entri “Hukum memakai cincin” contohnya, walaupon tidak menggunakan hadith tp ini soal hukum. Ade sesetengah blogger suka menulis soal hukum dan apa yg dia tulis aku lihat bercanggah dengan ajaran agama.

      wallahua’lam

  3. true2…
    penyebaran ilmu itu memerlukan pemahaman yg tinggi…
    setakat buku & internet sahaja tidak mencukupi…
    ianya takkan menjawab segala keraguan…
    guru itu penting…
    huhu…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.