Ngangkung

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita ni dah lama aku tengok tapi sekarang baru rajin untuk buat review. Entah lah kepada sekarang makin malas hendak membuat review. Mungkin sebab malas mencari gambar-gambar dan uploadkan sebab internet slow bangat. Kalau hendak menaip aku tidak kisah sebab aku memang taip laju tapi typo banyak la macam Cik Helena. Tapi typo dia tidak boleh dicabar memang dia pemegang record typo paling banyak.

Pengarah Filem Ngangkung

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.

Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.

Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?

Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG).

Tok… Anak cucu mintak nombor ekor boleh?

Balik! Kata Mazlan memanggil hantu tu balik
Mengcangkung meminta no ekor dari pendita

Filem Ngangkung bercorak komedi seram. Sekarang trend komedi seram yang dapat mencuri hati penonton. Penonton sekarang, lebih suka menonton cerita bercorak komedi mungkin kerana tension melihat kenaikan semua barang. Jadi bagi mengelakkan kenaikan darah, komedi menjadi pilihan.

Bagi aku cerita ngangkung ini memang seram dia cukup dan lawak dia memang terlebih cukup. Kelakar habis dari mula hingga akhirnya. Orang kata cerita ini mengajar penonton untuk membuat kerja terkutuk untuk mendapat nombor. Tapi dalam cerita ini ada pengajaran dengan cara tersendiri. Takkan la penonton boleh terpengaruh dengan cerita ini? Manusia semua ada akal, jadi gunakanlah akal.

Shaheizy Sam berjumpa bomoh siam untuk minta no ekor

Shaheizy Sam dalam cerita ini berwatak serius jadi kurang menyerlah la. Berbeza dengan watak dalam cerita Adnan sempit. Seram dan sedih tetap ada dalam cerita ini. Bagi yang penakut boleh diketegorikan seram la, bagi aku. Biasa jer. Untuk cerita Nangkung ini aku bagi 4/5 bintang. Korang terjah la pawagam. Aku sendiri tidak pasti masih ada tayangan atau tidak.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Ngangkung

  1. ehem3..!macam pernah baca je ayat sinopsis tu. tapiiii…kat mana yer?? sebijik owh… jap nk ingat balik…

    ala..x ingat plak dahhhh…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.