Hantu Kak Limah Balik Rumah

Semalam aku berkesempatan untuk tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Setelah orang semua kata best-best jadi aku tidak sabar lagi la hendak tengok. Aku tengok di MBO Ampang, pergh penuh panggung beb. Sampai seat depan skali pon ada orang. Gila dasyat penangan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Awie dan Johan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah
Awie dan Johan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Hantu kak Limah tengah nyanyi enjit-enjit semut
Hantu kak Limah tengah nyanyi enjit-enjit semut

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

Siapa tidak kenal dengan pengarah filem selamba dan sepontan, Mamat Khaled. Cerita dia mamang aku minat. Mana taknya, banyak cerita dia berlakon di Perak dan cakap pon loghat Perak. Man Laksa dah banyak kali aku tengok. Hantu Kak Limah Balik Rumah sambungan dari Zombi Kampung Pisang. Lokasi pengambaran pon sama di Kuala Kangsar Perak. Cerita Zombi Kampung Pisang sudah cukup kelakar, cerita ini lagilah kelakar.

Aku cadangkan kepada penerbit supaya sediakan subtitle sebab bukan semua paham longat Perak ni. Macam dialog pak uda “Panjangnya kopek…”. Aku dengar orang belakang tanya bini dia, “ape dia cakap”. Aku dah tak tahan gelak. Korang tahu ker kopek tu ape? Kopek tu tetek/buah dada. haha.. Ade banyak perkataan lagi, aku tak perasan sbb aku paham. Orang yang tak paham tu tenganga la.hihi..

Meeting JKKK cara hendak halau hantu kak Limah
Meeting JKKK cara hendak halau hantu kak Limah
Ummi Nazeera, bekas tunang Awie dalam cerita ini
Ummi Nazeera, bekas tunang Awie dalam cerita ini

Apa pon aku bagi 3½ dari 5 bintang untuk cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Korang memang patut terjah pawagam untuk cerita ini. Pada yang tidak pernah tengok cerita Zombi Kampung Pisang tu, jangan risau korang tidak akan lost untuk cerita ini sebab tidak banyak relate. Cuma watak sahaja yang relate tetapi jalan cerita tidak.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Hantu Kak Limah Balik Rumah

  1. gilelah kalo ade org x ketawa tgk citer ni, pedas dan penuh dgn sindiran kat org melayu yg suka bebeno ngan hantu…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.