The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader | Review

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Malam tadi aku dapat invitation dari Nuffnang untuk Premiere Screening filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Aku hanya dapat ticket untuk tayangan biasa, terima kasih kepada kak yan sebab bagi ticket untuk tayangan 3D.

Synopsis: In the film, Edmund and Lucy Pevensie, along with their pesky cousin Eustace Scrubb, find themselves swallowed into a painting and on to a fantastic Narnian ship headed for the very edges of the world.

Joining forces once again with their royal friend Prince Caspian and the warrior mouse Reepicheep, they are whisked away on a mysterious mission to the Lone Islands, and beyond. On this bewitching voyage that will test their hearts and spirits, the trio will face magical Dufflepuds, sinister slave traders, roaring dragons and enchanted merfolk. Only an entirely uncharted journey to Aslan’s Country – a voyage of destiny and transformation for each of those aboard the Dawn Treader – can save Narnia, and all the astonishing creatures in it, from an unfathomable fate.

Kalau tidak silap aku ini adalah yang ke 3. Yang sebelum ini ialah The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe dan The Chronicles of Narnia: Prince Caspian. Satu pon aku tidak pernah tonton. Jadi tidak peliklah kalau aku katakan disini yang aku tidak faham watak sebab cerita ini kesinambungan dari filem sebelum ini. Tiada lagi memperkenalkan watak untuk kali dan tiada lagi memperkenalkan Narnia.

Aku sarankan kalau korang hendak rasa seronok dan faham cerita ini, pastikan korang telah menonton kedua-dua filem sebelum ini sebab korang akan jadi seperti aku. Pada sesiapa yang bercadang untuk menonton dalam 3D aku tidak galakkan sebab korang akan membazir duit sebab tidak banyak effect 3D dalam cerita ini. Awalan cerita sahaja dan beberapa babak yang ada 3D selebihnya nampak plain 2D.

Aku tidak faham cerita ini, jadi aku tidak mahu review lebih-lebih dan aku tidak meletakkan star untuk cerita ini. Apa-apa pon korang tengok sendiri dia pawagam mulai hari ini.

Trailer The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

15 thoughts on “The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader | Review

      1. Diorang nie 4 beradik pevensie , peter, susan, edmund & lucy.. first cite ms zmn perang2 dulu diorg dihantar tinggal smentara kt umah prof mane tah. ms main hide& seek diorg terjumpa almari yg bawa diorg ke narnia.. kt narnia diorg la putera-putera yg bekerjasama dgn singa nama aslan selamatkan dunia narnia dari cengkaman white witch.

        Cite kedua, 4 beradik nie sekali lagi ke narnia tp narnia dh jadi lain sikit. Rupanya dah beratus2 tahun diorg tinggalkan narnia. ms nie narnia diperintah oleh si bloody thirsty general miraz, pakcik kpd putera caspian. Masa nie la diorg jumpa prince caspian tue blaaablaablaa diorng pun team up dgn prince caspian utk cari aslan & mintk bantuan aslan utk gulingkan miraz yg jahat tue & lawan dgn askar2 Telmari..

        eh..pnjg lak aku komen

  1. saya tgk narnia yg 1st je dulu. yg 2nd tak tgk pon.. agak2 kalau tgkyg ni boleh faham tak without tgk yg 2nd? huhu mcm best je

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.