Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV

KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2010 – Satu jenayah curi telah dilaporkan berlaku di salah sebuah bilik projektor pawagam TGV disini. Menurut laporan polis yang telah dibuat, sebuah kunci untuk membuka reel filem Tron: Legacy telah dilaporkan hilang. Kejadian disedari salah penjaga bilik projektor tersebut pada jam 7.30 malam.

“Saya meletakkan kunci tersebut di dalam sebuah laci untuk ke tandas. Sekembalinya saya ke bilik projektor tersebut, saya dapati kunci tersebut telah hilang” – Kata penjaga bilik tayangan tersebut. Menurut polis, siasatan awal menjumpai sehelai rambut berwarna perang. Polis juga tidak menolak bahawa terdapat orang dalam yang terlibat dalam kecurian ini namun polis masih belum membuat sebarang tangkapan setakat ini.

Petikan “Berita Anak Perak”.

Disebabkan tayangan Tron: Legacy hampir tiba iaitu 17 Disember ini, pihak TGV berasa gusar kerana takut tidak dapat menanyangkan kerana kunci tidak dijumpai maka pihak TGV membuka tawaran kapada orang ramai untuk membantu mencari kunci yang hilang tersebut. Ganjaran lumayan ditawarkan iaitu A Private Screening Hall for any movie + a Panasonic 50” 3DTV dan banyak lagi ganjaran lain kepada sesiapa yang menjumpainya.

poster

Jadi apa ditunggu lagi, ganjaran lumayan ditawarkan pada sesiapa yang menjumpai kunci tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, anda boleh layari www.facebook.com/TGVCinemas dan lihat klu-klu yang diberi untuk menjejaki kunci tersebut.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.